Welcome!

Promosi Hebat!

Shila Amzah Punya Impian Untuk Bertudung

on Selasa, 10 Julai 2012


Shila Amzah

Sekarang ini semakin ramai selebriti wanita tanah air memilih untuk bertudung atau berhijab, dan penyanyi yang popular dengan lagu ’3 Suara’, Shila Amzah turut dikatakan mempunyai impian untuk bertudung.
Menurut laman portal Murai, Shila Amzah atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata, dia memang ada menyimpan impian untuk bertudung tidak lama lagi.
“Siapa yang tidak mahu bertudung. Dalam jiwa mana-mana wanita sekalipun, pasti akan ada impian untuk bertudung. Cuma menunggu masanya saja. InsyaAllah masanya akan sampai juga,” katanya ketika ditemui di majlis Anugerah Stail EH! 2012, di Hotel Grand Dorsett, Subang pada hari Rabu yang lalu.
Menurut penyanyi berusia 21 tahun ini, untuk ke arah itu, dia kini sudah mula memilih dalam soal pemilihan pakaian yang dipakainya agar kelihatan sopan.
Sementara itu, ibu Shila meluahkan rasa gembiranya apabila mendengar khabar anaknya itu mahu bertudung.
“InsyaAllah. Semua itu kerja Tuhan. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat Shila Amzah. Mudah-mudahan ia menjadi kenyataan,” kata ibunya. – Yahoo!






Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO