Sejak teknologi komunikasi maklumat semakin berkembang pesat, CAK pun tidak ketinggalan. Selain laman facebook dan twitte, banyak laman sosial lain muncul untuk kita berinteraksi.
.
Terbaru, laman sosial muat turun naik foto persendirian.
.
Bila ada laman seperti ini, peminat semakin dekat dengan artis kesayangan yelah, kalau dulu sekadar surat khabar, majalah atau televisyen saja mengenai kehidupan mereka.
.
Kini daripada laman sosial pun peminat sudah dapat berinteraksi terus dengan artis kesayangan mereka.
.
Cuma yang tak sedap apabila ada seorang aktres jelita yang baru meletup dengan filem terbaru di pawagam, sibuk memuat naik foto haiwan kategori najis ‘mughalazah’ yakni anjing.
.
Cak tak pastilah sama ada haiwan itu peliharan si artis atau sekadar gambar yang dimuat naik daripada teman-teman. Tapi bila di belek-belek setiap foto yang dimuat naik, makin rancak pula artis jelita berwajah kacukan ini bercerita mengenai ‘kecomelan anjing itu.
.
Semakin pelik bila si aktres menggambarkan seolah-olah anjing itu memang haiwan peliharannya. Cuma yang berbeza ialah dia tidak bergambar dengan haiwan itu.
.
Nak komen lebih-lebih pasal isu ini CAK pun bukan pakar agama. Tapi sejahil-jahil CAK pun, semua orang tahu sebagai orang muslim yang berpegang pada sunnah Nabi dan mengikut mazhab Imam Syafie, anjing itu ketogeri najis berat.
.
Tak pastilah kalau artis itu sentiasa samak tubuh dan ruang isi rumah setiap kali bermanja dengan anjing kesayangannya itu,kan ? (Harian Metro)
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan