Welcome!

Promosi Hebat!

Mael Lambong 2012 (full movie)

on Selasa, 10 Julai 2012





Tag :

Artis Jelita ‘Kemaruk’ Anjing?

Artis Jelita 'Kemaruk' Anjing?

Sejak teknologi  komunikasi  maklumat semakin berkembang  pesat, CAK pun tidak ketinggalan. Selain laman facebook dan twitte, banyak laman sosial lain muncul  untuk kita berinteraksi.
.
Terbaru, laman sosial muat turun naik foto persendirian.
.
Bila ada laman seperti ini, peminat semakin dekat  dengan  artis kesayangan yelah, kalau dulu sekadar surat khabar, majalah atau televisyen saja mengenai kehidupan mereka.
.
Kini daripada laman sosial pun peminat sudah dapat berinteraksi terus dengan artis kesayangan mereka.
.
Cuma  yang tak  sedap apabila ada seorang aktres jelita yang baru meletup dengan filem terbaru di pawagam, sibuk memuat naik foto haiwan kategori najis ‘mughalazah’ yakni  anjing.
.
Cak tak pastilah sama ada  haiwan itu peliharan si artis atau sekadar gambar yang dimuat naik daripada teman-teman. Tapi bila di belek-belek setiap foto yang dimuat naik, makin rancak pula artis jelita berwajah kacukan ini bercerita mengenai ‘kecomelan anjing itu.
.
Semakin pelik bila si aktres menggambarkan seolah-olah anjing itu memang haiwan peliharannya. Cuma yang berbeza ialah dia tidak bergambar dengan haiwan itu.
.
Nak komen lebih-lebih pasal isu ini CAK pun bukan pakar agama. Tapi sejahil-jahil CAK pun, semua orang tahu sebagai orang  muslim yang berpegang pada sunnah Nabi dan mengikut mazhab Imam Syafie, anjing itu ketogeri najis berat.
.
Tak pastilah kalau artis itu sentiasa samak tubuh dan ruang isi rumah setiap kali bermanja dengan anjing kesayangannya itu,kan ? (Harian Metro)










Tag :

Shila Amzah Punya Impian Untuk Bertudung


Shila Amzah

Sekarang ini semakin ramai selebriti wanita tanah air memilih untuk bertudung atau berhijab, dan penyanyi yang popular dengan lagu ’3 Suara’, Shila Amzah turut dikatakan mempunyai impian untuk bertudung.
Menurut laman portal Murai, Shila Amzah atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata, dia memang ada menyimpan impian untuk bertudung tidak lama lagi.
“Siapa yang tidak mahu bertudung. Dalam jiwa mana-mana wanita sekalipun, pasti akan ada impian untuk bertudung. Cuma menunggu masanya saja. InsyaAllah masanya akan sampai juga,” katanya ketika ditemui di majlis Anugerah Stail EH! 2012, di Hotel Grand Dorsett, Subang pada hari Rabu yang lalu.
Menurut penyanyi berusia 21 tahun ini, untuk ke arah itu, dia kini sudah mula memilih dalam soal pemilihan pakaian yang dipakainya agar kelihatan sopan.
Sementara itu, ibu Shila meluahkan rasa gembiranya apabila mendengar khabar anaknya itu mahu bertudung.
“InsyaAllah. Semua itu kerja Tuhan. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat Shila Amzah. Mudah-mudahan ia menjadi kenyataan,” kata ibunya. – Yahoo!






Tag :

Uncle Seekers Bakal Ke Tali Gantung?

ESOK lusa, Uncle Seekers dikenal pasti sebagai mafia dadah atau dijumpai banyak dadah di rumah selebriti itu. Dengan hal demikian, membolehkan "Hang Jebat" itu ke tali gantung. Bahana lawan Raja... Air kencing Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas hari ini disahkan positif dadah selepas direman semalaman oleh polis Johor. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin. "Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan jabatan itu. Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya. Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. "Sesiapa yang ada pengalaman bangkang polis time road block, mula-mula minta lesen. Selepas itu, minta roadtax. Kalau mereka tak puas hati, minta test air kencing (urinalysis). Tak dan apa-apa, terus diberitahu 'positif dadah', lepak di lokap sampai seminggu dan dinafikan hak untuk hubungi waris atau majikan. Last-last, kena buang kerja. Polis yang pernah buat kerja ini, memang HARAM JADAAAH!!!" Tak tumbuh tak melata..tak sungguh org tak kata
















Tag :

SEKSI: Itu Gambar Lama, Berlaku Secara Tak Sengaja – Lana Nordin

SEKSI: Itu Gambar Lama, Berlaku Secara Tak Sengaja - Lana Nordin


HANGAT! Pelakon filem Chow Kit, Lana Nordin menjadi bahan bualan apabila beberapa keping gambar dia berbikini sambil ditemani seorang jejaka, tersebar di internet.
HIP menghubungi Lana untuk mendapatkan kepastian benarkah gambar itu memaparkan dirinya dan siapakah pula gerangan si jejaka?
“Tidak ada apa yang perlu saya komen. Semuanya berlaku secara tidak sengaja. Gambar itu gambar lama yang dirakam ketika saya bercuti bersama rakan di Jakarta.
“Saya dapat tahu gambar itu tersebar di internet melalui rakan. Soalnya, kenapa baru sekarang orang baru bercakap mengenai foto itu?” katanyal
Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin menafikan dia bergambar begitu untuk mencari publisiti.
” Jika betul saya nak cari publisiti murah pun,saya tak akan sebarkan gambar itu. Baik saya keluarkan gambar-gambar lain yang lebih sensasi. Tapi untuk apa?” katanya.
Ditanya mungkinkan jejaka yang bergambar bersamanya itu kekasihnya, pantas Lana menjawab:
“Dia kawan saya. Kami bercuti ramai-ramai ketika itu,” katanya.
Dengan penjelasan itu, Lana berharap semua pihak faham situasi sebenar dan dia memegang watak sarat air mata selepas sering diberi watak penggoda dan antagonis.
Dalam drama bersiri Takdir Qismah saya memegang watak gadis yang dianiaya dan dipaksa menjadi pelacur. Watak Rosmah ini juga memerlukan saya banyak menangis.
” Memang mencabar, tapi seronok kerana berbeza dari apa yang saya pernah bawa sebelum ini,”katanya mengenai drama bersiri itu yang bakal disiarkan Ramadan kelak.(Berita Harian)










Tag :

Pengutip Kotak Jujur Serahkan Kembali Wang RM133,000 Yang Ditemuinya!


Pengutip Kotak Jujur Serahkan Kembali Wang RM133,000 Yang Ditemuinya!
TAWAU – Seorang pemandu lori perabut yang melakukan kerja sambilan mengutip kotak terbuang menjadi ‘kaya sekejap’ apabila mendapati satu daripada kotak yang diambilnya di tepi jalan mengandungi wang sebanyak RM 133,300.
Namun, lelaki berkenaan, Bahar Rauf, 55, yang terkejut dengan penemuan itu, akhirnya membawa kotak dan wang berkenan ke Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Tawau sebelum diserahkan kepada pemiliknya.
Menceritakan penemuan kotak itu, Bahar berkata, dia melakukan kerja sampingan dengan mencari kotak terbuang sebaik tugasnya sebagai pemandu lori selesai jam 6.30 petang setiap hari,
“Selepas tamat waktu kerja saya akan mengelilingi pusat bandar mencari kotak terbuang untuk dijual.
“Ketika melakukan rondaan, saya melihat satu kotak yang dibuang ditepi jalan dan terus mengambilnya untuk dibawa pulang ke rumah,”katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam
Sebaik tiba di rumah di Batu 5, Jalan Apas, dia menurunkan semua kotak berkenan untuk dilipat dan disusun .
Bagaimanapun, dia berasa aneh apabila satu daripada kotak dikutip agak berat berbanding kotak lain.
Katanya apabila membuka kotak berkenaan, dia menemui tiga bungkusan besar dan hampir pitam apabila mendapati semua bungkusan mengandungi wang tunai.
Bahar berkata, dia sudah melakukan kerja sampingan itu sejak lima tahun lalu dan pertama kali melihat wang tunai sebanyak itu di depan mata.
“Saya tidak berani mengira jumlah wang itu kerana bimbang dituduh mencuri atau terbabit dengan sebarang jenayah.
” Memang semalam saya tidak dapat tidur kerana memikirkan wang yang ditemui dan akhirnya membuat keputusan menyerahkan semua wang itu kepada polis,” kata bapa kepada 12 anak itu.
Bahar tidak terlintas untuk mengambil wang berkenan kerana ia bukan miliknya.
“Wang ini bukan hak saya selain simpati dengan pemiliknya, saya menyerahkan kepada polis.
“Mungkin pemilik mahu mengunakan wang ini untuk tujuan lebih penting,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Dearah Tawau, Asisten Konisioner Ibrahim Chin ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan mengenai penemuan wang itu dan wang terbabit sudah diserahkan kepada pemiliknya.
” Wang ini diserahkan kepada pemiliknya selepas melihat kepada bukti sahih yang dikemukakan.
” Polis menghargai kejujuran dan sikap amanah ditunjukkan Bahar yang tidak mengambil wang berkenan walaupun satu ringgit,” katanya (Harian Metro)





Tag :

Gambar Neelofa Menunaikan Umrah

Berikut ialah beberapa keping gambar terkini Neelofa Menunaikan Umrah…Neelofa memaklumkan melalui laman twitter miliknya bahawa dirinya sedang berada di tanah suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah. Neelofa telah pun berangkat ke sana pada 5 Julai lalu… Rindok Blog doakan semoga selamat pergi, kembali & mendapat umrah yang mabrur…






Tag :

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO