Welcome!

Promosi Hebat!

Tahniah Lan Kristal Sambut Kelahiran Anak Perempuan Kedua

on Jumaat, 8 Jun 2012


Vokalis kumpulan Kristal,Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yosof yang telah mendirikan rumahtangga bersama dengan isterinya Nur Shiela Hassim telah memberi perkhabaran gembira apabila isterinya telah melahirkan anak kedua mereka petang semalam.
Pasangan yang telah mendirikan rumahtangga sejak tahun 2010 ini, telah dikurniakan seorang bayi perempuan seberat 2.8kg di sebuah hospital swasta. Berita gembira ini disebarkan oleh Lan sendiri kepada rakan media yang lain selepas menyambut kelahiran puteri kedua mereka pada pukul 5. 29 petang semalam.
Lan dan Shiela merupakan pasangan yang telah bercinta selama 10 tahun dan akhirnya mengikat tali perkahwinan pada tahun 2010 ini telah dikurniakan anak kedua sepanjang dua tahun berkahwin. Tahniah MEOW ucapkan kepada Lan dan isteri, semoga cahaya mata mereka mampu menyinari lagi hubungan rumahtangga yang dibina. Amin.




Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO