Welcome!

Promosi Hebat!

Dulu Aaron Aziz, Kini Randy Pangalila

on Jumaat, 8 Jun 2012

Dulu Aaron Aziz, Kini Randy Pangalila
Anda pengikut setia drama bersiri Indonesia, Nada Cinta? Ramai yang tertawan dek kerana pelakon sinetron yang kacak, Randy Pangalila.
Kini, Randy tampil sekali lagi bersama Elfira Loy menemui rakyat Malaysia menerusi telefilem baru, ‘Dalam Hati Ada Taman’.
Sebelum ini, dia pernah bergandingan bersama Elfira dalam telefilem yang mencapai 1.1 juta penonton, ‘Biar Mimpi Sampai Ke Bintang’.
Michael Ang, selaku pengarah kepada telefilem itu yakin dan berani menampilkan pelakon-pelakon yang sama dalam arahan beliau sebelum ini, ‘Biar Mimpi Sampai Ke Bintang’.
Tambah menarik, penggambaran bagi beberapa babak telefilem itu dirakamkan di Paris. Untunglah Elfira dapat ke Paris ditemani Randy!
Dikhabarkan juga, telefilem itu akan ditayangkan pada sekitar Oktober tahun ini di saluran Astro Ria.
Nampaknya, Randy mula yakin untuk mencipta nama dalam industri hiburan di Malaysia. Adakah Randy mampu untuk menandingi Aaron Aziz selepas berjaya memukau penonton di Malaysia?
Semoga dengan kehadiran selebriti dari luar mampu mewarnai serta meningkatkan lagi industri hiburan tanah air.
Saksikan promo ‘Dalam Hati Ada Taman’. – MyNewsHub









Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO