Bukti … Cheryl dengan gambar suaminya sedang bergaya di kamera web internet
Cheryl Roberts menceritakan semalam bagaimana dia memerangkap suaminya yang pedophilia* dengan menyamar sebagai lima anak perempuan remaja yang berbeza di internet.
*Pedophilia : Mereka dalam jenis ni lebih gemar untuk melakukan seks terhadap kanak-kanak di bawah umur antara 10 sehingga 15 tahun.
Cheryl, 60, telah menjadi teman hidup David selama 18 tahun, selepas dia tertawan dengan puji-pujiannya semasa satu sesi perbualan.
Terperangkap… pedophilia kejam David Roberts
Saya menerima mesej-mesej yang menjijikkan daripada Robert, sedangkan saya hanya berada di bilik yang berasingan daripadanya.
Bekas tukang masak sekolah ini berkata kepada The Sun selepas Roberts, 69, disabitkan kesalahan kerana melibatkan diri dalam kegiatan seks dengan seorang kanak-kanak dan mempunyai gambar-gambar lucah kanak-kanak.
Dia mula mengesyaki suaminya itu setelah dia lebih banyak meluangkan masanya di hadapan komputer kononnya melakukan kaji selidik.
Pernah seorang gadis berumur tujuh tahun menuduh Robert membuat gangguan, tetapi tiada apa-apa tindakan yang dikenakan kepadanya.
Sakit
Cheryl berkata: “Saya tidak dapat mempercayai dia akan membuat sesuatu seperti itu, dia kelihatan seperti seorang lelaki yang sempurna. Tetapi saya mula berhati-hati seperti mana kanak-kanak mula khuatiri.
“Dia menghadap komputernya dari 8.30pg, hanya berhenti untuk makan dan kemudiannya sambung semula sehingga 11.30mlm. Katanya dia sedang mencari karavan dan kereta-kereta baru.”
Kemudian dia mendapati satu pesanan pada skrin komputer suaminya daripada seorang murid perempuan, menuduh dia seorang yang sakit.
Dan pada suatu petang tahun lepas, Cheryl yang selama ini mula mengesyaki sesuatu berasa sangat terkejut apabila dia mendapati satu mesej seks yang sangat teruk telah dihantar oleh Roberts.
Dia telah berada di bilik lain rumah mereka yang mempunyai tiga bilik tidur di Pant-y-gog, Wales, dan mewujudkan satu profil palsu sebagai seorang remaja berumur 14 tahun dipanggil Kelly.
Kemudian dia menunggu untuk Roberts untuk menerkamnya.
Beliau berkata: “Saya telah melihat pada profilnya dan terdapat sekeping gambar dirinya. Dia menggunakan pelbagai nama pengguna (username) seperti, seperti Corky, Hoffmeister dan Happywanderer.
“Katanya dia berumur 68 tahun dan telah berkahwin.
“Dia mempunyai ramai kawan-kawan perempuan berumur belasan tahun, membuatkan saya berfikir ini agak pelik.
“Selepas saya melihat profilnya serta merta dia menghantar kepada saya satu pesanan, mengatakan dia mengajak berbual. Saya memberitahu dia saya berumur 14 tahun dan dia jauh lebih tua – tetapi dia berkata ia tidak menjadi hal kerana hanya mengajak berbual-bual.
Cheryl berasa terkejut apabila Roberts bermula bertindak gatal dan menggunakan bahasa seksual kepadanya.
“Dia mula menanyakan jika saya mempunyai kamera web dan saya berkata saya tidak mempunyainya kerana baru berusia 14 tahun dan ibu saya tidak membenarkan.”
Dia kemudiannya menyuruh saya ke akaun Hotmailnya, di mana saya boleh melihatnya menerusi kamera webnya.
Cheryl berkata: “Dia ada di situ, merenung kamera dengan satu senyuman lebar.
“Dia menghidupkan lampu dan kembali semula dalam keadaan telanjang bulat.
“Saya merasakan benar-benar dahsyat. Saya tidak dapat mempercayai dia jenis orang yang sanggup melakukan perkara seperti itu. Dia tidak pernah tidak berpakaian ketika di hadapan saya.
“Dia mula bertanya saya, adakah saya pernah mengadakan hubungan seks pada usia saya. Dia pergi daripada situ dan mula memperkatakan apa yang dia gemar lakukan kepada saya.
“Ia betul-betul dahsyat. Saya duduk di sana dengan air mata jatuh berlinangan di pipi. Tetapi saya terpaksa lakukannya untuk mendapat bukti yang saya kehendaki.
“Saya tidak akan melepaskannya dari apa yang sedang dilakukannya.
“Ia mula semakin lebih biadab dan menjijikkan. Dia bertanya jika saya suka melihat anggota lelakinya. Saya berkata, ‘Terpulang kepada anda’.
“Saya cuba berkelakuan seperti seorang kanak-kanak. Saya rasa sangat menjijikkan. Ia cukup teruk bagi saya, tetapi saya tidak dapat membayangkan perkara seperti itu terjadi kepada seorang kanak-kanak.
“Dia bermain-main dengan dirinya dan bercakap tentang apa yang dia gemar lakukan kepada saya.
“Kemudian katanya dia terpaksa pergi sekarang kerana isterinya sedang membuat teh. Saya hampir tergelak dengan kuat, kerana sebenarnya dia sedang bercakap dengan saya hanya dari bilik lain.”
Cheryl yang meluat mula menangkap gambar-gambar suaminya dalam keadaan bogel dan mendokumentasikan perbualan mereka. Selang lima malam dia menyamar menjadi seorang remaja – dan setiap kali itu juga suaminya akan terperangkap. Akhirnya dia medapat keberanian bagi menghadapinya.
Saya pernah bertanya kepadanya sama ada dia pernah bercakap dengan sebarang kanak-kanak pdi internet dan dia menjawab, ‘Jangan jadi bodoh’. Saya bertanya jika dia pernah mendedahkan dirinya kepada mana-mana perempuan dan dia sekali lagi berkata, ‘Jangan jadi begitu bodoh’.
“Kemudian saya mencampakkan semua gambar-gambar kepadanya. Dia mengangkat tangan dan mengakuinya.
“Saya bertanya dia mengapa dan katanya dia melakukannya kerana merindui kanak-kanak itu.
“Beliau tidak malu, ia hanya sebagai satu kejadian setiap hari. Saya bertanya supaya dia berjanji tidak melakukannya sekali lagi, tetapi katanya, ‘Saya tidak boleh’ dan itu membuatkan saya khuatir.”
Cheryl menghalau suaminya daripada rumah dan dia mula tinggal di sebuah karavan kepunyaannya dan tinggal berhampiran Pencoed.
Keesokkannya, Cheryl menghubungi Roberts sekali lagi melalui internet chatroom dan mendapati dia masih lagi dengan perangai lamanya. Akhirnya dia memerangkap Robert dengan mengatur sebuah temujanji dengan Kelly (palsu) di pada sebuah stesen bas dan mengambil dia kembali ke karavannya untuk melakukan seks.
Chery kemudiannya menghubungi NSPCC dan polis akhirnya telah menemui imej-imej tidak senonoh pada komputer riba Robert.
Dia dikenakan hukuman khidmat masyarakat selama tiga bulan kerana dan perlu menghadiri Program Kes Pesalah Seks Terancang. Tetapi Cheryl berkata: “Dia sepatutnya dihantar ke penjara. Apa yang dilakukannya sangat memalukan dan menjijikkan.”
Pasangan itu, yang kedua-dua mempunyai anak daripada perkahwinan sebelum ini, berkahwin pada 1990. Lima tahun kemudian Roberts mendakwa telah mengalami satu kemalangan semasa kerja dan lumpuh,mereka tidak pernah melakukan hubungan seks lagi sejak itu.
Mereka menjalankan perniagaan sebuah pub selama dua tahun sebelum terbakar.
Cheryl tidak menyesal kerana melaporkan suaminya. Beliau berkata: “Saya berasa bagus, dia mendapat apa dia berhak. Cinta boleh bertukar menjadi benci dalam sesaat.” Dan dia memberi nasihat kepada wanita yang berada dalam situasi yang sama.
Beliau berkata: “Berusahalah menangkap mereka dan jangan takut untuk bersuara menentang sesuatu. Ia menjadi dahsyat jika seorang kanak-kanak tercedera. Jangan hanya berdiam diri dan membiarkannya ia berlaku.” – The Sun
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan