Welcome!

Promosi Hebat!

Adda Butterfly Mengaku Dicerai Selepas 17 Hari Berkahwin

on Selasa, 5 Jun 2012

Benarlah ada pepatah yang mengatakan bahawa, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari, begitulah juga yang terjadi kepada rumahtangga vokalis kumpulan Butterfly, iaitu Adda.
Adda yang juga lebih dikenali sebagai bekas kekasih kepada Mamat Sepah itu dikatakan telah diceraikan oleh suaminya selepas 17 hari berkahwin. Satu masa yang sangat singkat untuk sebuah perkahwinan yang dibina berlandaskan cinta, namun, sudah tersurat, begitulah tempoh jodoh Adda. 
Menurut Adda yang mengaku telah diceraikan, beliau sendiri tidak sempat merasa nikmat untuk bergelar isteri melainkan semasa di hari persandingan sahaja. Ini kerana, ketika berita perkahwinan mereka tersebar, bekas suami Adda mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu statusnya ialah suami orang.
Keadaan menjadi rumit lagi apabila isteri bekas suaminya itu mengetahui berita perkahwinan Adda dan rumahtangga mereka mula mengalami konflik menyebabkan bekas suaminya bertindak keluar daripada rumah kerana tertekan. Perkahwinan yang terjalin pada 30 Mac itu terus mengalami keretakan dan tidak dapat diselamatkan lagi walaupun telah berbincang, dan akhirnya, Adda diceraikan melalui pesanan ringkas sahaja.




Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO