Welcome!

Promosi Hebat!

Mayat Gadis Dijadikan Patung Gaun Pengantin

on Khamis, 3 Mei 2012




Di Chihuahua, Mexico, khabar angin tempatan mengatakan bahawa ada satu patung mannequin di tingkap sebuah kedai baju pengantin yang dikatakan sebenarnya mayat seorang gadis, patung mayat itu dikenali sebagai "Pascualita".Menurut cerita, seorang wanita yang bernama Pascuala Esparza memiliki butik perkahwinan di bandar, dan sedang menyiapkan satu gaun perkahwinan istimewa untuk anak gadisnya iaitu Pascualita yang akan berkahwin dalam masa terdekat.Semuanya berjalan dengan baik sehingga pada suatu hari bakal pengantin ini tiba-tiba meninggal dunia selepas digigit oleh serangga berbisa.





Tertekan oleh kematian anak perempuannya, Pascuala kemudian mengekalkan bentuk anaknya dengan "memumiakan" anaknya itu dan memakaikannya gaun pengantin yang telah siap serta meletakkan "patung mannequin" Pascualita di tingkap kedai agar semua orang boleh melihat anaknya sebagai seorang pengantin.Hari ini, Pascualita kekal berdiri di tingkap "La Popular" di pusat bandar Chihuahua. Walaupun ia dianggap sebagai sebuah mitos, namun ciri-ciri pada mannequin terutama pada bahagian tangan membuat orang percaya bahawa itu memang mayat Pascualita.


















Ranking: 5

{ 2 ulasan... read them below or add one }

Unknown berkata...

kesian mayat anak'y terseksa. klau anak'y blh ckp mesti dye ckp nk kebumikn dye. spe ckp tu Mitos, tu btol2 mayatlh.. mne owg blh teliti sgt nk buat garis2 pd seluruh bdan, tgk pd tgn pn dh tahu. lgi satu diharapkn admin ni blh ltkkn butang on/off pd radio yg diletakkan kt tepi tu. sbb bukn semua owg ske dgr lagu.


3 Mei 2012 pada 12:37 PTG
nurul suzanna berkata...

expecially for adam::

kalo xnk dgr radio sile tekan simbol stop yg ade di radio tersebut ;)


tenkiuu


5 Mei 2012 pada 9:18 PG

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO