Welcome!

Promosi Hebat!

Budak 3 Tahun Mempunyai Berat 59.87 Kilogram

on Khamis, 3 Mei 2012

Budak 3 Tahun Mempunyai Berat 59.87 Kilogram | Seorang budak lelaki mempunyai tabiat makan yang pelik apabila mampu memakan dalam kuantiti yang sangat banyak lebih dari orang dewasa. Budak tersebut dikenali sebagai  Lu Haoyang berusia tiga tahun memiliki berat sebanyak 59.87 kilogram (kg), lima kali lebih berat daripada kanak-kanak seusia dengannya.
Hao yang dilahirkan normal dengan berat badan hanya 2.6kg.  Bagaimanapun, dia membesar dari semasa ke semasa sehingga mencecah usia tiga bulan sehingga tubuhnya gemuk dan setinggi 107 sentimeter.
Selera makan kanak-kanak yang berasal dari wilayah Guangdong itu cukup tinggi apabila dia boleh menghabiskan tiga mangkuk nasi semasa waktu makan. Menurut bapanya, Lu Yuncheng, tabiat pemakanan Hao lebih besar berbanding dia dan isterinya.
Keluarga Hao dilaporkan cuba untuk memantau amalan diet anaknya sejak dia berusia setahun. Jelas ibu Hao, Chen Yuan, dia dan suami sebaliknya terpaksa akur dengan kehendak anaknya yang akan menangis tanpa henti jika tidak diberi makanan.
Keluarganya juga memasang jaring bola keranjang di halaman rumah dan membawa Hao melakukan aktiviti renang di sebuah sungai berhampiran bagi menggalakkan Hao melakukan aktiviti sukan supaya badannya kurus.
Namun, latihan yang dilakukan oleh Hao hanya membuatkan dia menjadi lebih lapar selain berat badan kanak-kanak itu terus meningkat.
Yuncheng telah membawa Hao ke hospital sebanyak tiga kali. Seorang doktor menyatakan anaknya itu mengalami tumor di kepala manakala dua doktor lain menyatakan dia tidak mempunyai tumor.
Doktor juga mendakwa hormon kanak-kanak itu normal. Cuma, mereka tidak tahu punca Hao menjadi gemuk.
“Harapan terbesar kami adalah untuk melihat Hao kurus suatu hari nanti,” jelas ibunya
Fuh, pelik sungguh budak ini. Selera makan yang sangat menakutkan. Jika tidak dikawal, berkemungkinan besar budak ini boleh diserang pelbagai penyakit. Sebagai ibu bapa ia harus berikhtiar bagaimana untuk mengawal cara pemakanan anaknya itu.




Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO