Welcome!

Promosi Hebat!

Bicara Pantun – Tudung Melayu (Kelakar!)

on Khamis, 3 Mei 2012

Tudung merupakan cara untuk wanita menutup aurat kepalanya. Tetapi bagaimana pula dengan aurat yang lain? Berikut merupakan pantun tudung khas untuk wanita.


Tudung merupakan salah satu cara untuk wanita Islam yang sudah baligh untuk menutup aurat mereka. Tetapi akibat ketidakfahaman mereka tentang isu aurat ini, mereka telah memakai Tudung tetapi aurat dada, badan, lengan, kaki, dan macam-macam lagi masih terbuka dan terserlah untuk tatapan ramai. Berikut merupakan pantun khas yang direka untuk menempelak mereka yang pakai tudung tapi tak tutup aurat. Kongsikan pantun Tudung ini dengan rakan perempuan korang supaya mereka insaf sedikit.






BAJU NIPIS NAMPAK BAYANG,
PEHA GEBU SAJA DITAYANG,
LEBIH BAIK TAK PAKAI BAJU LAGI SENANG,
DAH TENTU BOLE TUNJUK TERANG TERANG
BAJU KETAT SELUAR PULAK SENDAT
PAKAI TUDUNG PULA JUST IKAT IKAT
DARI MULA MEMANG SANGAT BUKAN ADAT
DI SUDUT AGAMA PUN GAYA TAK BERKAT
TUDUNG JARANG BAJU NIPIS,
PAKAI SIKIT BOLE NAMPAK “GARIS’,
MATA ORANG TERBELIAK, KITA MEMBENGIS,
BILA KENA KUTUK, KENAPA MENANGIS?
LENGAN PENDEK, BLAUS GANTUNG,
JEANS KETAT MELEKAT DI PUNGGUNG,
JADI ORANG ISLAM NI SEBENARNYA BERUNTUNG,
AGAMA TAK PENAH SURUH BERBUNGKUS MACAM POCONG
APA RASANYA, KEPALA BERTUDUNG, KAIN TERBELAH?
KALAU TAKAT RAMBUT ORANG KURANG GHAIRAH,
LAIN KALAU PEHA GEBU, ATAU TERNAMPAK LURAH,
MATA YANG MEMANDANG BOLE KELUAR DARAH
KEBAYA KETAT, KAIN TERBELAH,
IKAT TUDUNG PULA MACAM TAK SUDAH,
NAK IKUT SURUHAN AGAMA MEMANG TAK MUDAH,
TAPI ISLAM ITU SEBENARNYA TERLALU INDAH.







Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO