Welcome!

Promosi Hebat!

Ady Putra Failkan Permohonan Cerai Terhadap Isterinya, Aida Yusof

on Sabtu, 19 Mei 2012

Disebalik menerima satu persatu perkhabaran gembira artis yang mahu berkahwin serta menamatkan zaman bujang pada 2012, industri kita juga tidak terlepas dari menerima cerita perceraian daripada artis yang telah lama mendirikan rumahtangga.
Terbaru pelakon, Ady Putra yang memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Aida Yusof. Permohonan itu telah dilakukan di mahkamah syariah pada 11 Mei 2012 yang lalu, dan Ady Putra menyatakan bahawa beliau tidak menyangka rumahtangganya bakal berakhir dengan perceraian.








“Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya,”
Itulah antara kata-kata Ary Putra kepada wartawan Harian Metro ketika ditemui. Ady Putra juga menyatakan yang pekbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan rumahtangga mereka namun menemui jalan buntu, jadi setelah melakukan umrah dan berikhtiar, Ady menyifatkan perceraian merupakan jalan terbaik buat mereka.




Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO