KUALA LUMPUR : Rita Rudaini Mokhtar, 36, tergelak apabila menerima tuntutan atau perintah kembali taat yang dituntut oleh suaminya, Aidil Zafuan Abd. Razak, 25 di Mahkamah Rendah Syariah selepas Aidil menarik balik permohonan untuk bercerai semalam.
Rita menganggap tuntutan itu adalah tidak masuk akal dan menyifatkan Aidil seperti kebudak-budakkan memandangkan dia tidak pernah melanggar perintah suami.
Melalui portal Oh! Bulan, Rita mempersoalkan semula siapa yang tidak taat dan siapa yang tidak menjalankan tugas sebagai seorang suami.
“Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa… memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak.
“Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian,” kata Rita.
Aidil menarik balik permohonan cerai terhadap Rita memandangkan dia masih lagi sayangkan isterinya selain mahu memperbaiki semula hubungan suami isteri antara mereka berdua.
Pemain bola sepak kebangsaan itu juga berfikir ingin kembali ke sisi Rita kerana memikirkan dua orang anak mereka yang masih memerlukan perhatian seorang ayah.
Dalam tuntutan kembali taat yang dibuat, Aidil meminta Rita dan anak-anak supaya berpindah ke rumah baru yang didiami olehnya di USJ 1, Subang Jaya secara percuma.
Tuntutan supaya meminta Rita dan anak-anak berpindah adalah kerana untuk mengelakkan pembaziran membayar rumah sewa teres yang mereka diami bersama sebelum ini.
Bagaimanapun, Rita membalas tuntutan itu dengan kenyataan tiada alasan kukuh mengapa dia perlu berpindah memandangkan dia sudah lama menetap di rumah di Damansara serta terlalu banyak kenangan manis dan pahit antara mereka berdua.
“Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab?
“Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak?” katanya.
Dalam perkembangan lain, timbul pula cerita kurang enak mengatakan Aidil yang sebelum ini mahu bercerai dengan Rita disebabkan sikapnya yang ‘kaki perempuan’.
Bagaimanapun, di dalam mStar Online, Aidil menepis tuduhan dia mempunyai hubungan dengan wanita lain hinggakan dia sanggup bertindak meninggalkan rumah mereka pada Januari lepas.
Dengan tegas, Aidil menyatakan dia masih menyayangi isterinya walaupun hatinya sudah sedikit tawar selepas apa yang berlaku.
“Saya masih lagi menyayanginya, cuma hati saya sedikit tawar dengan kenyataannya yang telah keluar di media. Apa-apa pun, saya harap dia kembali kepada saya dengan syarat dia perlu menjadi isteri yang baik dan mendengar kata,” kata Aidil.
Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 secara senyap dan perkahwinan mereka tidak mendapat restu keluarga.
Mereka telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Rita Rudaini ketika menjawab pertanyaan para media di’luar mahkamah menjelaskan yang beliau rasa kelakar dengan tuntutan tersebut & berkata tidak akan memenuhi tuntutan tersebut yang di’anggap tidak matang. Video ini berdurasi 14 minit, jangan tidur.- My News Hub
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan