Welcome!

Promosi Hebat!

Nanas Kembar 15 Bentuk Hati

on Sabtu, 19 Mei 2012

Nanas Kembar 15 Bentuk Hati
BUKIT SELAMBAU : Seorang peniaga kedai perkakasan terkesima apabila suaminya membawa pulang nanas kembar 15 seberat 7.7 kilogram yang tumbuh di ladang getah mereka di Kampung Sungkup, Bukit Selambau.
Menurut Zuraini Md Isa, 41, nanas unik itu menjadi bualan penduduk kampung dan pengunjung yang memenuhi kedai mereka yang terletak depan masjid Bukit Selambau untuk melihat secara dekat, apabila buah itu diletak sebagai pameran.
“Nanas ini agak pelik sebab berbentuk hati, mempunyai 15 buah yang bercantum di bahagian tengah. Kalau dilihat secara kasar memang nampak ada yang sudah masak dan ada yang masih hijau,” katanya.
Zuraini berkata, dia dan keluarga tidak berhasrat untuk menjadikan buah nanas itu hidangan atau dimasak memandangkan kejadian disifatkan sangat unik dan tidak pernah dialaminya sebelum ini. – Gempak!








Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO