Welcome!

Promosi Hebat!

Mandrill - Monyet Terbesar Dan Paling Banyak Warna

on Jumaat, 23 Mac 2012

Salam
Tahukah anda bahawa Mandrill, spesies monyet yang ditemui di Benua Afrika Barat merupakan monyet terbesar di dunia?



Monyet Mandrill


Nama saintifiknya ialah Mandrillus sphinx atau manusia beruk. Ia memiliki kepala rata-rata dan panjang tubuh antara 61-76 cm (24-30 inci) dan panjang ekor 5.2-7.6 cm (2-3 inci). Bagi seekor Mandrill jantan dewasa, berat yang direkodkan sekitar 25 kg (55 lb). Malah pernah direkodkan bahawa beratnya pernah mencapai sehingga 54 kg (119 lb). Ia berukuran dada 50.8 cm (20 in). Monyet ini juga merupakan monyet yang paling banyak warna, dari warna biru dan merah yang menyerlahkan wajah serta janggut kuning.



Antara ciri yang menarik ialah warna biru yang ada pada monyet ini. Mengapa wajah dan belakang biru? Warna biru terang berasal dari pantulan cahaya dari kawasan fibril selari dari kolagen protein dalam rangkaian tisu yang terdapat di wajah dan bahagian belakang haiwan ini. Warna merah dari pembuluh darah mengalir berhampiran dengan kulit, dan warna ini akan makin tampak jelas bila monyet ini dalam mood yang baik.




SumbeR
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO