Welcome!

Promosi Hebat!

Pengutip Kotak Jujur Serahkan Kembali Wang RM133,000 Yang Ditemuinya!

on Selasa, 10 Julai 2012


Pengutip Kotak Jujur Serahkan Kembali Wang RM133,000 Yang Ditemuinya!
TAWAU – Seorang pemandu lori perabut yang melakukan kerja sambilan mengutip kotak terbuang menjadi ‘kaya sekejap’ apabila mendapati satu daripada kotak yang diambilnya di tepi jalan mengandungi wang sebanyak RM 133,300.
Namun, lelaki berkenaan, Bahar Rauf, 55, yang terkejut dengan penemuan itu, akhirnya membawa kotak dan wang berkenan ke Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Tawau sebelum diserahkan kepada pemiliknya.
Menceritakan penemuan kotak itu, Bahar berkata, dia melakukan kerja sampingan dengan mencari kotak terbuang sebaik tugasnya sebagai pemandu lori selesai jam 6.30 petang setiap hari,
“Selepas tamat waktu kerja saya akan mengelilingi pusat bandar mencari kotak terbuang untuk dijual.
“Ketika melakukan rondaan, saya melihat satu kotak yang dibuang ditepi jalan dan terus mengambilnya untuk dibawa pulang ke rumah,”katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam
Sebaik tiba di rumah di Batu 5, Jalan Apas, dia menurunkan semua kotak berkenan untuk dilipat dan disusun .
Bagaimanapun, dia berasa aneh apabila satu daripada kotak dikutip agak berat berbanding kotak lain.
Katanya apabila membuka kotak berkenaan, dia menemui tiga bungkusan besar dan hampir pitam apabila mendapati semua bungkusan mengandungi wang tunai.
Bahar berkata, dia sudah melakukan kerja sampingan itu sejak lima tahun lalu dan pertama kali melihat wang tunai sebanyak itu di depan mata.
“Saya tidak berani mengira jumlah wang itu kerana bimbang dituduh mencuri atau terbabit dengan sebarang jenayah.
” Memang semalam saya tidak dapat tidur kerana memikirkan wang yang ditemui dan akhirnya membuat keputusan menyerahkan semua wang itu kepada polis,” kata bapa kepada 12 anak itu.
Bahar tidak terlintas untuk mengambil wang berkenan kerana ia bukan miliknya.
“Wang ini bukan hak saya selain simpati dengan pemiliknya, saya menyerahkan kepada polis.
“Mungkin pemilik mahu mengunakan wang ini untuk tujuan lebih penting,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Dearah Tawau, Asisten Konisioner Ibrahim Chin ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan mengenai penemuan wang itu dan wang terbabit sudah diserahkan kepada pemiliknya.
” Wang ini diserahkan kepada pemiliknya selepas melihat kepada bukti sahih yang dikemukakan.
” Polis menghargai kejujuran dan sikap amanah ditunjukkan Bahar yang tidak mengambil wang berkenan walaupun satu ringgit,” katanya (Harian Metro)





Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO