Welcome!

Promosi Hebat!

Model Berbalah Kerana Rambut Ronaldo

on Selasa, 26 Jun 2012

Model


Ukraine – Dua model antarabangsa, Bar Refaeli dan Irina Shayk bercakaran di dalam laman sosial twitter semata-mata kerana penampilan rambut pemain bola Portugal, Christiano Ronaldo.
Perbalahan antara mereka bermula selepas Refaeli membuat komen mengenai rambut Ronaldo ketika perlawanan antara Portugal menentang Republik Czech.
“Hanya satu perkara yang boleh saya fikirkan ketika menonton Ronaldo iaitu rambutnya yang menggunakan gel dan ia sepatutnya diharamkan,’’ katanya dalam twitter.
Namun kritikan berkenaan tidak dapat diterima oleh Shayk yang juga teman wanita Ronaldo sejak dua tahun lalu.
Dia membalas semula twitter itu dengan menulis “Menjadi seorang yang dibenci bukannya menarik. Belajar untuk mencintai,’’.
Refaeli, kemudian cuba mengendurkan keadaan namun tetap mempertahankan kritikannya itu.
Dia kemudiannya membalas “Saya sayangkan awak dan BF (teman lelaki) awak. Namun saya tidak sukakan rambutnya yang bergel itu.
Biarpun mengenakan gel di rambutnya, namun persembahan Ronaldo tidak tergugat malah dia menjaringkan gol dalam perlawanan itu untuk mengalahkan Czech.
Refaeli pernah dikaitkan dengan bintang bola sepak Barcelona, Gerard Pique ketika bintang tersebut  sedang menjalin hubungan dengan Shakira.











Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO