Welcome!

Promosi Hebat!

Di ‘Kondo Berahi’ Tetamu Dilayan Hingga Ke Ranjang

on Isnin, 25 Jun 2012


Di Kondo Berahi Tetamu Dilayan Hingga Ke Ranjang
SELAIN menemubual Rizal, wartawan yang berjaya masuk ke kondominium berkenaan sempat berbual dan bertanyakan beberapa soalan terhadap wanita terbabit.
Pelbagai cerita diluahkan, namun tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana mungkin ia sekadar meraih simpati.
I PENGALAMAN RIZAL “Mereka bukan saja sudi menjadi teman sekatil untuk lelaki hidung belang melampiaskan nafsu (di tempat lain), malah pakej asmara itu ditawarkan di kondominium mewah didiami wanita berkenaan.
Kondo disewa wanita terbabit tidak putus-putus dikunjungi lelaki kemaruk seks hinggakan rumah itu tidak ubah seperti sarang pelacuran.
Saya difahamkan, kondominium yang menjadi sarang wanita berkenaan beroperasi hampir setahun dan hanya mengetahuinya daripada seorang rakan yang pernah melanggan wanita terbabit.
Kebanyakan pelanggan adalah pemandu kenderaan berat atau pengangkutan awam dan hanya empat wanita menjalankan aktiviti maksiat di kondominium itu dan mereka semuanya berasal dari Indonesia.
Saya pelik kerana pihak pengurusan kondominium seolah-olah tidak memantau aktiviti penduduk dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada aktiviti mencurigakan.
Biasanya, kumpulan wanita itu hanya menerima pelanggan yang mereka kenali dan melalui panggilan telefon. Bukan semua orang diterima masuk, mereka licik bagi mengelak perbuatan dihidu pihak berkuasa.
Dulu saya menyusup masuk ke rumah itu bersama rakan yang pernah melanggan mereka dan sebenarnya mereka tidak semestinya menerima pelawaan melakukan seks daripada pelanggan, sebaliknya turut menawarkan khidmat urut mengikut kemahuan pelanggan.
Kalau sekadar datang nak lepak saja pun boleh sebab wanita itu pasti sibuk melayan pelanggan lain di situ dan sebelum masuk ke bilik, mereka layan pelanggan bersembang sambil menyediakan minuman serta makanan ringan.” l PENGAKUAN PENGHUNI “Tak perlu khuatir bang… di sini semua beres, lagipun kita bukan buat salah besar, kita urut-urut saja. Kami semua asal dari Indonesia, saya dari Padang dan dua lagi tu nano-nano (campur).
Sebenarnya kami tinggal di banyak tempat, biasanya kami tak tetap pada satu kediaman dan akan berpindah. Hanya pelanggan tetap yang akan kami maklumkan.
Saya pernah berkahwin dan ada seorang anak, kawan saya yang seorang lagi tu ada tiga anak. Semua ini kami lakukan untuk tanggung anak. Kami suka Malaysia, orangnya tidak lokek duit. Senang cari duit di sini berbanding Indonesia.
Sebulan sekali, dapat juga kami kirim wang ke sana, cukup untuk belanja anak dan keluarga yang menjaganya.
Kami tidak langgar undang-undang Malaysia, setiap tiga bulan kami pulang ke kampung dan kembali ke sini.
Sewa rumah tak mahal sangat, cuma RM1,600, jadi setiap seorang hanya bayar RM400 manakala bayaran penyelenggaraan dibiayai tuan rumah.” – Metro








Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO