Welcome!

Promosi Hebat!

Leuniey Makin Hangat Jadi Rebutan Produser Filem Pula

on Sabtu, 9 Jun 2012

Leuniey


KOTA BARU – Ekoran gosip yang mengaitkan dirinya yang dikatakan menjadi penyebab kepada isu putus tunang penjaga gawang gol skuad Harimau Malaya, Apek, nama Leuniey melonjak naik sehingga diburu oleh produser-produser tempatan untuk menjadikannya sebagai pelakon filem terbaru mereka.
Menurut Leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha Nazri, dia mendapat tawaran dari produser Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa dan produser Metrowealth International Group (MIG), David Teo, baru-baru ini.
Bagaimanapun, dia terpaksa menolak kesemua tawaran berkenaan buat sementara waktu kerana mahu menumpukan perhatiannya di dalam bidang perniagaan butik pengantin yang sedang diusahakannya kini selain lokasi pergambarannya yang memerlukannya berada di Kuala Lumpur.
“Memang saya ada menerima tawaran untuk berlakon, tetapi terpaksa menolaknya buat sementara waktu berikutan perlu menguruskan perniagaan butik pengantin yang diusahakan.
“Pada masa sama, saya duduk di Kota Bharu dan jika hendak berlakon perlu ke Kuala Lumpur menyebabkan sukar untuk saya membuat keputusan,” katanya yang dipetik dari myMetro, di sini semalam.
Leuniey yang baru-baru ini terpilih sebagai model bagi klip video iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, menjelaskan bahawa dia sudah sedia untuk terjun ke dunia selebriti.
Bagaimanapun, model dan ahli perniagaan jelita itu menyatakan bahawa dia memerlukan perancangan rapi sebelum menceburkan diri di dalam dunia industri hiburan tanahair.
Zaiton yang juga seorang produser terkenal mengesahkan ada menawarkan watak bagi sebuah filem terbitannya kepada Leuniey dan menjelaskan kepada myMetro bahawa ruang untuk gadis itu terbuka luas di syarikatnya.
“Leuniey ada rupa dan ada pakej untuk bergelar pelakon. Pada masa sama, dia juga semakin dikenali kerana menjadi model untuk klip video produk minyak wangi SimplySiti.
“Kita pada bila-bila masa bersedia menerima Leuniey untuk berlakon jika dia sudah bersedia,” jelasnya kepada media tersebut.





Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO