Tahniah Admin ucapkan kepada pasangan pengantin baru buat Nurul dan suaminya, Eric Deep di atas perkahwinan mereka yang berlangsung semalam. Ya, perkahwinan kedua buat penyanyi, Nurul ini berlangsung secara ringkas di Duchless Place, Ampang siang semalam.
Dengan sekali lafaz, Nurul Wahab sah menjadi milik mutlak Eric Deep pada pukul 12.20 tengahari 6 Jun 2012 sekaligus menamatkan zaman solo beliau selepas berpisah dengan Ajai. Eric yang berdarah Prancis akhirnya menjadi pilihan buat Nurul.
Apa yang menariknya, majlis akad nikah Nurul diacara dengan tiga bahasa iaitu, Bahasa Inggeris, Melayu dan Prancis. Pasangan Nurul dan Eric telah dinikahkan oleh Ustaz Azizan Othman dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Majlis tetap nampak meriah walaupun serba ringkas dan hanya dihadiri oleh 200 tetamu jemputan terdiri daripada saudara mara, rakan-rakan dan pihak media. Kami berharap semoga perhubungan yang baru dibina ini kekal hingga Jannah Insyallah.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan