Welcome!

Promosi Hebat!

Aaron Aziz – Dari Filem Ke Klip Video

on Jumaat, 8 Jun 2012

Aaron Aziz


Bintang Paling Popular ABPBH 2011, Aaron Aziz kini mula beralih minat apabila dia mula mencebur diri dalam pembikinan klip video.
Dia bergandingan bersama heroin drama Nora Elena, Siti Saleha sebagai watak utama untuk menjayakan klip video ‘Untuk Dia’.
‘Untuk Dia’ merupakan sebuah lagu nyanyian Najwa Latif dan Sleeq.
Kami juga mendapat info bahawa ini merupakan klip video lagu pertama yang diterbitkan oleh syarikat lebel kepunyaan Aaron.
Rasanya ini merupakan klip video pertama yang menampilkan Aaron Aziz bersama penyanyi tempatan.
Nampaknya, nama Aaron makin menjadi tumpuan umum bukan sahaja penonton, malah orang yang berada di dalam industri.
Mungkin jika ada pihak yang mempertikaikan kemenangan Aaron sewaktu ABPBH 2011 lalu, seharusnya mereka memikirkan semula bakat seni yang ada pada Aaron.



























Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO