Welcome!

Promosi Hebat!

[Video] Phillip Phillips Muncul Juara, Kini Bergelar American Idol Yang Baru

on Jumaat, 25 Mei 2012

[Video] Phillip Phillips Muncul Juara, Kini Bergelar American Idol Yang Baru
Seperti yang di’jangka oleh segelintir peminat American Idol, Phillip Phillips sekali lagi membuktikan penguasaan sang lelaki dalam program realiti televisyen paling popular ini.
Phillip Phillips bergelar juara di pentas akhir American Idol yang menyaksikan beliau menewaskan penyanyi remaja Jessica Sanchez yang juga menjadi pilihan ramai sebelum ini.
Pemuda berusia 21 tahun yang berasal dari Georgia ini nampak terkejut dengan kemenangan beliau & dalam ucapan beliau mengatakan tidak tahu kenapa beliau boleh menang.
“Saya rasa saya menang kerana orang ramai gemarkan muzik yang saya bawakan — saya hanya buat apa yang saya tahu & suka setiap minggu,” ujar Phillip Phillips.
Kemenangan Phillip Phillips mengukuhkan rekod kemenangan lima kali berturut turut oleh lelaki dalam pertandingan nyanyian popular ini yang kali terakhir di’menangi wanita pada tahun 2007 dengan Jordin Sparks. – Roti Kaya









Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO