Semakin sepi Norman Hakim selepas berumahtangga dengan Memey Suhaiza, 24 September lalu. Namun begitu, dia tidak mengaggapnya pelik atau menjadikan alasan berkahwin dengan Memey menjadi punca popularitinya semakin menurun.
Jika diikutkan, dia tidak hairan kerana perkara ini juga berlaku selepas berkahwin dengan Abby Abadi dahulu. Jadi tidaklah pelik baginya dan menganggap itu adalah kitaran hidup normal seorang selebriti.
“Pada pendapat saya, meraih populariti adalah sebahagian daripada putaran kehidupan di mana seorang selebriti itu boleh berada di atas dan bawah pada bila-bila masa sahaja. Ia juga boleh dikira sebagai satu rutin dan perjalanan industri hiburan tempatan. Saya terima tentang hal itu.
“Biasalah, sebelum berkahwin, macam-macam spekulasi tentang hubungan saya dan Memey dan apabila sudah berkahwin, kiranya kontroversi dah selesai.”
Kini Norman dan Memey lebih selesa menjalani kehidupan dengan menguruskan hal rumah tangga dan kesibukan kerjaya.
“Lagipun, kami tidak ada apa pun untuk diceritakan, melainkan menghadiri majlis-majlis yang dijemput. Bagaimanapun ia juga menunjukkan satu kematangan bagi kami sebagai selebriti. Yang penting kita ingat keluarga dan Tuhan, Insya-Allah, rezeki sentiasa ada.
“Alhamdulillah tawaran kerja yang diterima masih lagi konsisten, tidak kurang ataupun lebih.”
Yang pentingnya tawaran untuk Norman berterusan di mana dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Bahang Akhirat, arahan Rashid Sibir dan bakal muncul di slot Senda Pagi TV3, menerusi drama Esah Pajero yang akan disiarkan pada bulan hadapan.
Memey masih belum ada tanda berbadan dua. Norman serahkan semuanya kepada rezeki. Jika sudah ada rezeki dari Allah, pasti berita ini akan dikongsikan kepada semua. Apapun, populariti tidak penting jika kerja tidak ada. Janji tak buat orang jelek dengan populariti kontrovesi ntah apa-apa. – Oh! Artis
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan