Welcome!

Promosi Hebat!

Pelajar Maut Perut Terburai (Ngeri!)

on Khamis, 3 Mei 2012

Seorang pelajar tingkatan 4 telah maut dalam nahas jalanraya apabila motorsikal yang dipandunya dilanggar lori dan mengakibatkan perutnya terburai selepas diseret.



Seorang pelajar tingkatan 4 maut dalam keadaan mengerikan apabila perutnya terburaiselepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Pelabuhan Barat menghala Pandamaran, di sini awal pagi semalam.


Motosikal yang ditunggang mangsa bersama seorang rakan hancur diseret lori, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dikenaliMuhammad Norfahmi Mohamad Ali, 16, dari Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah maut selepas motosikal yang ditunggang bersama seorang rakan dirempuh sebuah lori.
Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, mangsa terseret beberapa meter bersama motosikal selepas digilis lori terbabit.
“Berikutan itu, organ dalaman di bahagian perut mangsa pecah menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Motosikal yang ditunggang dua sekawan itu juga rosak teruk akibat dirempuh dan terseret,” katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, rakan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Zon Kuning,Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) berdasarkan makluman kakitangan pihak hospital.
“Sehingga kini kita masih mengesan rakan mangsa untuk membantu siasatan kemalangan yang gagal dikesan sejurus kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, katanya, polis sudah mengambil keterangan pemandu lori bagi membantu siasatan.






Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO