Welcome!

Promosi Hebat!

Misha Tangguh Kahwin Sebab Bakal Suami Sibuk

on Khamis, 24 Mei 2012

Misha Tangguh Kahwin Sebab Bakal Suami Sibuk


KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Misha Omar, 30, terpaksa menangguhkan perkawinannya dengan Firos Ezzwan Rossly, 29, yang sepatutnya berlangsung selepas Hari Raya Aidil Fitri tahun ini kerana bakal suaminya itu kini sedang sibuk menjalani latihan sebagai juruterbang.
Menurut penyanyi yang kini sedang popular menerusi lagu berjudul Angin Syurga itu, tunang dan bakal suaminya yang juga seorang juruterbang Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) terpaksa menjalani latihan penerbangan untuk pesawat Airbus 380 selama enam hingga lapan bulan.
“Insya-Allah kalau tidak ada aral melintang majlis perkahwinan kami mungkin akan diadakan pada sekitar bulan Januari atau Februari tahun depan. Perkahwinan ini ditunda kerana bagi memberi peluang kepada bakal suami saya itu menghabiskan latihan dalam kerjayanya itu dahulu.
“Saya tidak mahulah dia berasa stress atau tertekan kerana melangsungkan perkahwinan dalam keadaan kerjayanya yang belum selesai. Tidak mahulah saya selepas habis bernikah, suami saya terus bergegas untuk menghabiskan latihannya itu,” katanya semasa ditemui di sini semalam.
Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar menjelaskan penangguhan perkahwinannya itu sewaktu ditemui para wartawan pada majlis mengumumkannya sebagai jurucakap barangan kosmetik terkemuka Shiseido yang mengikat kontrak dengannya selama sembilan bulan.
Sementara itu, Firos Ezzwan Rossly yang ditemui pada majlis tersebut berkata, dia bersyukur kerana bakal isterinya itu memahami tugasannya sebagai juruterbang MAS dan akan cuba menghabiskan latihannya di Lapangan Terbang Subang bermula sejak bulan lalu.
“Sepatutnya kami bakal melangsungkan perkahwinan sekitar sebelum bulan September ini atau selepas Hari Raya puasa tetapi saya terpaksa pula menjalani kursus untuk pesawat Airbus 380. Pada mulanya saya ingat latihan selama tiga bulan tetapi ia dilanjutkan sehingga lapan bulan,” ujarnya.
Pada majlis itu, Misha sempat memperkenalkan album single terbarunya hasil kolaborasi dengan Shiseido yang mengandungi sebuah lagu baru berjudul Angin Syurga ciptaan Datuk M. Nasir dan lirik nukilan Buddhi Hekayat serta dua lagu lama iaitu Bunga-Bunga Cinta dan Aidilfitri. – mynewshub.my


Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO