Welcome!

Promosi Hebat!

Ahmad Idham Akui Beliau Rasa Disabotaj

on Khamis, 24 Mei 2012

Ekoran penangguhan prebiu filem Gerimis Mengundang pada 21 Mei lalu, timbul beberapa spekulasi yang kurang enak didengar. Selain David Teo didakwa memberi amaran kepada Kamal Adli menerusi khidmat kiriman SMS, timbul juga dakwaan yang mengatakan Ketua Pegawai Eksekutif MIG ini cuba ‘memotong jalan’ Ahmad Idham dengan mengganggu hak pengedaran yang diberikan kepada Excellent Pictures.
Jadi, apa komen Ahmad Idham berhubung perkara ini? Menurut pengarah berusia 41 tahun ini dia sebenarnya tidak tahu mahu mengulas lanjut berhubung perkara ini kerana ia hanya seorang pengarah yang dipertanggungjawabkan untuk mengarah filem itu dan Excellent Pictures bertindak sebagai pengedar untuk pihak penerbit E-rama Creative Sdn Bhd.
“Sebenarnya apabila pihak Erama menangguhkan prebiu filem ini, saya langsung tidak mempertikaikan keputusan mereka. Ini kerana saya hanya bertindak sebagai seorang pengarah dan syarikat saya, Excellent Pictures bertanggungjawab sebagai pengedar. Saya percaya pihak E-rama ada sebab yang kukuh berbuat begitu. Ini kerana penangguhan yang dibuat 24 jam sebelum acara berlangsung membabitkan banyak perkara. Jadi, mesti mereka ada sebab yang tidak boleh dielakkan.
Apabila timbul cerita-cerita begini memang tidak dinafikan saya berasa terkejut dan terasa seperti ada pihak yang sengaja mahu mensabotaj filem arahan saya. Apa tidaknya, masalah ini timbul apabila tarikh tayangan sudah semakin hampir iaitu pada 31 Mei ini. Andai benar, Mr. David punya masalah atau masih tidak berpuas hati dengan saya, dia sepatutnya datang berjumpa saya dan berbincang secara profesional. Sejujurnya, saya tidak mempunyai masalah dengan dia,” ujar Ahmad Idham yang dihubungi GUA sebentar tadi.
Mengulas dakwaan sebuah portal yang mengesahkan hak penerbitan Gerimis Mengundang telah bertukar tangan kepada Metrowealth (MIG) Movies Production, Idham memberitahu laporan itu tidak tepat!
“Saya tidak pernah mengesahkan tentang perkara itu. Buat masa sekarang ini, saya juga masih tertanya-tanya tentang status Excellent Pictures. Isu ini timbul apabila pihak FINAS menghubungi syarikat kami untuk bertanyakan tentang hak pengedaran. Mereka keliru apabila ada pihak yang mendakwa hak pengedaran telah diberikan kepada MIG.
Apabila mendapat tahu perkara ini, saya telah hubungi E-rama Creative Sdn Bhd untuk pengesahan dan mereka telah pun menjelaskan perkara itu tidak benar. Jelas Erama, perbincangan dengan MIG hanya untuk penyiaran ‘Gerimis Mengundang’ di saluran Astro First yang dikendalikan oleh syarikat itu, bukan untuk pengedaran filem,” jelas Ahmad Idham lagi.
Dalam masa yang sama, Ahmad Idham juga menafikan Excellent Pictures mempunyai masalah dengan E-rama Creative Sdn Bhd.
“Hubungan kami baik-baik sahaja. Sebab itu saya tidak percaya kalau mereka tiba-tiba melantik pihak lain sebagai pengedar. Awal-awal lagi mereka sudah tandatangan kontrak dengan Excellent Pictures,” ujar Ahmad Idham.
Mengulas tentang kiriman SMS David Teo kepada Kamal Adli pula, Ahmad Idham memberitahu dia langsung tidak tahu menahu tentang perkara itu sehinggalah membaca kisah itu di ruangan gosip GUA.COM. Bagaimanapun, pengarah filem itu enggan mengulas lanjut.





Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO