Welcome!

Promosi Hebat!

Klasik Dowh! - Dubai Di Zaman Dahulu Kala Dan Sekarang

on Rabu, 23 Mei 2012

Cuba tanya pada diri anda sendiri apa terbayang di dalam kepala apabila ditanya mengenai bandar raya Dubai?. Sudah tentunya gambaran jelas yang sering terlintas di fikiran adalah sebuah bandaraya metropolis megah termoden di rantau timur tengah dan teluk bahkan paling mewah sekali jika dibandingkan dengan kota-kota negara Arab yang lain.


Dilengkapi prasarana tercanggih dan terbaik di dunia disamping memiliki menara pencakar langit seperti Burj Dubai, gedung-gedung membeli belah terbesar dan kemewahan penduduknya yang rata-ratanya antara berpendapatan paling tinggi di dunia.


Boleh dikatakan Dubai adalah taman permainan termasyhur kepada golongan kaya dan juga syurga bagi para expatriate yakni pekerja asing untuk bebas menikmati kehidupan serba mewah tanpa dikenakan sebarang cukai. Apatah lagi negara teluk berkenaan mengeluarkan  bertong-tong minyak beratus kali ganda lebih banyak daripada kita hasilkan sampaikan kita sendiri terpaksa mengimport lagi dari Timur Tengah. Maka tak hairanlah mereka boleh hidup semewah itu.

Lihat sendiri transformasi sebuah pekan gurun usang kepada metropolis termoden rantau teluk  melalui hasil ekonomi yang dijana setitik emas hitam!



























Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO