Menerusi Slot Citra di RTM TV2, nampaknya pelakon jelita ini, Juliana Evans tampil dengan telemovie terbarunya di kaca TV, Puteri Pulau Tuba. Yang menariknya, lakonan Juliana Evans sebagai puteri Pulau Tuba disamping gandingan mantap oleh pelakon lain iaitu Enka Farhana, Amin Abu Bakar, Finie Don, Farah Aqilah Jasni dan Chee Ka Siang
Puteri Pulau Tuba akan disiarkan pada 29 Mei 2012 pada jam 10.00 malam di TV2.
Sinopsis Puteri Pulau Tuba Di Slot Citra
Puteri Pulau Tuba mengisahkan sebuah cerita yang berlaku kepada enam orang sahabat karib iaitu Ari, Queza, Chua, Raju, Ain dan Citra yang baru sahaja tamat sesi persekolahan.
Ia mengangkat kisah persahabatan dan kegembiraan yang dikongsi bersama dan melalui pengalaman yang menjadi tragedi di dalam hidup salah seorang daripada rakan mereka. Sebaik tiba bersama guru mereka di Pulau Tuba dan berkhemah di situ, tiba-tiba rakan mereka yang bernama Ari hilang. Keadaan menjadi kelam-kabut kerana Ari tidak dijumpai selepas pasukan renjer melakukan aktiviti pencarian. Rakan-rakan Ari menghubungi keluarga Ari dan mereka juga telah tiba di pulau tersebut.
Pelbagai spekulasi bermain di minda rakan-rakan Ari tentang kehilangannya. Namun sebaliknya Ari telah di bawa ke Alam lain. Di situ Ari bertemu dengan seorang Puteri yang diberi nama Puteri Pulau Tuba. Kisah ini bermula dengan Ari terdengar suara yang memanggil namanya, kemudian dia seolah-olah terpukau dan terus menjejaki suara tersebut lalu dia bertemu dengan seorang nenek kebayan yang membawanya berjumpa dengan Puteri Pulau Tuba adalah seekor ikan duyung yang sangat cantik. Ari begitu teruja bersama Puteri itu dan Ari begitu terpesona dengan kejelitaan Puteri Pulau Tuba tesebut. Puteri itu bercerita tentang kisah hidupnya yang disumpah oleh Sultan kerana menolak pelawaan Sultan untuk berkahwin.
Ari juga berpeluang berjumpa dengan Hang Tuah di situ. Ari sangat teruja dan bertanya pelbagai soalan kepada Hang Tuah. Ari dilayan seperti anak raja sehingga dia berasa tidak ingin pulang ke alam nyata. Semasa di sana, yang menjadi kehairanan Ari wajah-wajah dayang dan pengawal sama seperti wajah rakan-rakannya tetapi mereka tidak mengenali Ari.
Persoalannya apakah akan terjadi kepada Ari? Adakah pasukan renjer dapat menjejaki Ari?
{ 1 ulasan... read them below or add one }
wah, msti best ni...
30 Mei 2012 pada 7:12 PG
Catat Ulasan