Welcome!

Promosi Hebat!

Fizz Fairuz bengang

on Jumaat, 25 Mei 2012

FIZZ FAIRUZ bersama ibunya, Noor Haizan.
FIZZ FAIRUZ bersama ibunya, Noor Haizan.
Keikhlasan niat lamar Almy Nadia dipersoal 

RAUT wajah Fizz Fairuz sedikit bengang apabila ditanya mengenai keikhlasannya lamarannya kepada Almy Nadia dipersoalkan.
Membuatkan rasa tertekan apabila media sering bertanya bila sebenarnya dia hendak melamar buah hatinya itu.
Bertambah geram apabila diminta mengulas Almy yang disiarkan dalam Bipop Berita Minggu pada 20 Mei lalu yang mengatakan kurang yakin terhadap hubungan mereka. 

Wajahnya seolah-olah menahan marah apabila dia terus diasak dengan soalan sama. Tapi Fizz pula memberikan jawapan kurang jelas sehingga menimbulkan lebih banyak persoalan kepada media. 

Mungkin sudah tertekan dengan asakan media yang ingin mengetahui status lamarannya itu, Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita (ABPBH2011), berdolak-dalih dengan kenyataannya dan berkata berserah kepada ketentuan Ilahi. 

Fizz yang banyak bermain dengan kata-kata apabila ditanya mengenai kenyataan Almy kepada media selepas luahannya itu, pantas menuduh Almy terlalu mempercayai orang luar daripada dirinya. 
“Saya seorang yang tak suka berjanji. Saya kata kalau menang ABPBH, Insya-Allah akan melamar dia (Almy) tetapi bukan sekarang. Kalau tahun depan sekali pun, ia tetap selepas saya menang anugerah, soalnya sekarang belum tahu bila. 

“Emak saya akan berangkat ke Tanah Suci pada 1 Jun ini dan tunggu emak saya pulang dari umrah. Kalau dia yang emak saya nampak ketika beribadah di sana, Insya-Allah tetapi tak tahu bila,” katanya. 

Fizz yang ditemui di satu majlis sambutan Hari Ibu di sebuah hotel di ibu negara, semalam seolah-olah menyalahkan sebuah program hiburan TV yang sengaja menggembar-gemburkan ceritanya itu. 

Ini jelas apabila Fizz enggan memberikan sebarang komen ketika ditemubual program terbabit berbanding media lain.

Pelakon ini seperti hendak menyalahkan Almy dengan menyifatkan kekasihnya itu sengaja mengeluarkan kenyataan dengan mendakwa perhubungan mereka bagaikan retak menanti belah dan meminta Almy berhenti berbohong kepada media mengenai perkahwinan mereka. 

“Apa motif dia berbuat demikian? Saya nak tanya, kenapa lebih mempercayai orang lain daripada saya sendiri? Perhubungan kami masih seperti biasa, malah baru-baru ini saya ada keluar bermain badminton dengan dia. 

“Buat apa nak berbincang sedangkan tiada apa yang perlu dibincangkan. Saya sudah cakap, soal jodoh terserah kepada Allah jadi saya tidak boleh merancang,” katanya. 

Memberi ruang kepada kekasihnya itu mencipta nama dalam bidang seni, Fizz sentiasa menyokong Almy dan merasakan ini adalah masa untuk menaikkan lagi bakatnya daripada mendengar gosip liar. 

Mahu mengecapi kebahagiaan dengan kemenangan yang diperoleh itu, dia tidak mahu kejayaannya terhenti di sini sebaliknya mahukan pencapaian yang lebih baik lagi daripada sekarang. Selama lima tahun menyulam cinta, perhubungan mereka kian tidak berpenghujung. 

Bagi ibu Fizz, Noor Haizan Jantan, 65, enggan mencampuri urusan peribadi anaknya itu. 

Menyifatkan anaknya seorang yang baik dan patuh kepada orang tua, Noor Haizan menuruti apa saja keputusan yang dibuat Fizz. 

“Mulanya ada juga dengar nak melamar tetapi itu terserah pada dia. Mungkin dia belum bersedia. Dia tak cerita tentang niatnya untuk melamar dan mak cik tidak ambil kisah hal mereka janji mereka suka sama suka. 

“Dulu Almy selalu datang ke rumah tetapi akhir-akhir ini sudah tidak ada, mungkin dia sibuk. Bagi mak cik, siapa pun pilihan Fairuz, mak cik terima dengan hati yang terbuka,” katanya.






Sumber:bharian.com.my/







Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO