Welcome!

Promosi Hebat!

Isteri Kedua Dibelasah Separuh Bogel

on Selasa, 8 Mei 2012

Isteri Kedua Dibelasah Separuh Bogel
KUALA LUMPUR : Seorang isteri kedua dibelasah dalam keadaan separuh bogel dan rambutnya turut digunting hingga pendek oleh suaminya selepas dia meminta suaminya menunjukkan bukti perceraian dengan isteri pertama.
Akibat kejadian itu yang berlaku di rumah sewa pasangan berkenaan di Pantai Dalam, di sini pada jam 8 malam Ahad lalu, mangsa berusia 28 tahun dan bekerja sebagai kerani melarikan diri ke kampungnya di Sabah.
Mangsa yang enggan dikenali berkata, dia berkahwin dengan suaminya pada Julai tahun lalu di selatan Thailand sebagai isteri kedua selepas dia berjanji menceraikan isteri pertamanya.
Katanya, suaminya mendakwa menceraikan isteri pertama pada November tahun lalu.
“Namun, dia enggan me mendaftarkan perkahwinan kami dalam negara sehingga sekarang menyebabkan saya syak dia belum ceraikan isteri pertama.
“Saya desak dia tunjukkan surat cerai isteri pertama, namun menolak saya ke dinding sebelum sebelum membelasah saya sehingga kepala bengkak,” katanya.
Katanya, suaminya turut memotong rambut dan pakaiannya sehingga dia separuh bogel. – Metro









Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO