Welcome!

Promosi Hebat!

Alyah Minta Maaf Kerana Seksi Di Mania

on Selasa, 8 Mei 2012

Alyah Minta Maaf Kerana Seksi Di Mania
KUALA LUMPUR : Penampilan penyanyi, Alyah yang tersingkir di minggu ke lapan Konsert Mania pada Sabtu lalu telah dipertikaikan oleh segelintir pihak kerana kelihatan agak menjolok mata atau boleh dikatakan seksi.
Alyah yang mengenakan gaun pendek berwarna merah paras atas lutut dan mendedahkan lengannya itu menafikan sengaja untuk berpenampilan seksi sebaliknya dia menjelaskan pakaian itu adalah dirinya yang sebenar.
“Saya tidak rasa penampilan saya pada malam ini agak keterlaluan tetapi mungkin ada pihak kelihatan janggal kerana ini pertama kali saya mengenakakan gaun pendek paras atas lutut ketika membuat persembahan di Mania.
“Terus-terang saya tidak mahu berjaga-jaga dengan terlalu mengambil kira apa orang akan cakap tentang penampilan saya apabila keluar di tempat awam atau ketika mengadakan persembahan.
“Malah saya akan bertindak mengikut kehendak saya sendiri, namun tidak lah sampai keterlaluan kerana apa yang saya pakai hari ini adalah diri saya dan bukan ada pakasaan dari mana-mana pihak,” katanya yang ditemui selepas berkahirnya konsert Mania kemarin.
Menyampaikan lagu Jauh Di Sudut Hati dan Kasih dari Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad, Alyah yang berada di bawah Empayar Biru terpaksa meninggalkan Galaksi Mania kerana mendapat undian SMS terendah dari penonton.
Walaubagaimanapun, Alyah dengan hati yang terbuka memohon maaf jika ada pihak yang kurang senang dengan penampilannya pada malam tersebut.
“Saya bagaimanapun meminta maaf jika ada yang kurang senang dengan penampilan saya tetapi percayalah, inilah diri saya dan saya tidak mahu bersikap hipokrit.
“Lagipun saya suka mencuba sesuatu dan akan berubah dari semasa ke semasa,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Alyah yang agak kecewa dengan penyingkirannya pada malam itu berkata dia dan Aubrey akan bersatu untuk menghasilkan sebuah lagu buat album studio terbarunya.
“Saya agak kecewa juga kerana saya telah memberikan yang paling terbaik untuk persembahan malam ini. Namun saya bangga kerana saya keluar dengan cara yang bermaruah.
“Apa yang pasti, selepas ini saya akan kembali menyiapkan album saya yang sudah tertangguh agak lama sejak tahun lalu lagi.
“Dalam album yang akan memuatkan 6 buah lagu kesemuanya, saya telah menerima khidmat komposer Yassin untuk lagu Lena Sahara dan sebuah lagu lagi daripada guru saya iaitu Aubrey,” tambahnya lagi. – Murai







Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO