Welcome!

Promosi Hebat!

Amah Indonesia pijak anak majikan dijel

on Sabtu, 5 Mei 2012

Mahkamah Sesyen semalam menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap amah warga Indonesia yang mengaku bersalah melakukan penderaan ke atas anak majikannya yang juga kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) pada Mac lepas.
Hakim Noradidah Ahmad juga menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas Nanis Supardi, 40, kerana tinggal di negara ini melebihi tempoh yang ditetapkan.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memijak muka, leher, perut dan dada mangsa serta menekup muka dan memasukkan air ke dalam mulut kanak-kanak perempuan malang yang berusia 11 tahun itu.
Perbuatan keji tersebut dirakam menerusi kamera litar tertutup yang dipasang majikannya dan dia dituduh melakukan perbuatan itu antara pukul 6 hingga 6.30 petang di Lot 2923, Kampung Batu Hitam, Beserah pada 13 Mac lepas.

Credit to Kosmo





Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO