Welcome!

Promosi Hebat!

Tips Semasa Bertunang

on Jumaat, 20 April 2012


Tahun ni ramai pula kawan2 wawa yg bakal menamatkan zaman bujang mereka. Tahniah buat mereka. Wawa pasti dlm setiap hubungan cinta pastinya mempunyai satu matlamat yg nyata iaitu menamatkan hubungan dgn ikatan yg sah. Pastinya kebanyakan adat melayu dimulakan dgn  langkah pertama iaitu bertunang.Bertunang adalah fasa untuk mengenali pasangan anda dgn lebih rapat sebelum anda melayari bahtera rumahtangga. Namun ada beberapa perkara yg perlu anda ketahui semasa  bertunang. Antaranya ialah : 
@ Bertunang mengubah segalanya
Masa anda bercinta,anda masih bebas untuk memilih untuk menjadi pasangan hidup anda. Anda masih bebas untuk berpacaran dgn sesiapa saja yg anda berkenan.Baik bg lelaki mahupun wanita. Namun sebaik saja anda melangkah ke alam pertunangan , anda seharusnya memberikan komitmen dlm perhubungan yg lebih serius kerana anda telah mengikat sebahagian diri anda utk melangkah memasuki ke alam rumahtangga.

@ Jangan menetapkan tarikh yngg tepat untuk berkahwin
Kadangkala ujian dan dugaan datang tanpa kita sedari. Kebanyakan kaum wanita agak tertekan jika tarikh yg dijanjikan tidak  dpt ditunaikan dan ditunda ke tarikh lain. Bagi mereka ini perkara yg amat memalukan bukan saja diri sendiri malah keluarga juga. Dan yg lebih menakutkan bila pertunagan putus di tengah jalan. Kesannya sgt mendalam.

@ Mendalami ilmu rumahtangga
Dalami ilmu kekeluargaan. Aspek yg paling penting dlm mendirikan rumahtangga ialah menghormati antara satu sama lain,persefahaman serta tolak ansur. Terapkan ilmu kekeluargaan dlm diri. Tanpa ilmu anda tidak mungkin dpt menempuhi dugaan dan cabaran dlm bahtera rumahtangga.

@ Persediaan kewangan
menyimpanlah dari sekarang jika anda sudah bersedia utk melangkah ke alam perkahwinan kerana perkahwinan zaman sekarang berbeza dgn zaman dulu. Berlipat kali ganda nilai hantarannya dari sekarang. Jadi bersedialah dari sekarang kerana banyak yg diperlukanselepas anda berumahtangga.

Jadi itu saja antara yg wawa dpt kaji utk artikel wawa ni. Thanks to google dan kawan2 yg membantu wawa tentang topik ni. Tips dan nasihat nI mungkin berguna pd bakal2 yg bergelar tunangan orang atau pun yg bakal bergelar suami isteri. Tapi ingat, ini hanya lah tips atau nasihat dan pandangan dari wawa dan kawan2 berdasarkan pengalaman mereka. Jangan percaya 100% kerana segala yg berlaku adalah di ats ketentuan Ilahi. Setiap orang ada dugaannya. Pandangan,pendapat dan penglaman kiita mungkin tak sama.wawa hanya mampu memberi memberi pandangan. tp yg menentukan adalah yg Maha Esa.

** So utk artikel  ni ,pd pendapat wawa perkahwinan ni bukanlah suatu keseronokan yg boleh dibuat main,sesuka hati nk bersama atau sesuka hati nak bercerai. Bagi wawa,perkahwinan adalah utk membentuk jati diri serta memikul tanggungjawab yg sgt besar bukan saja pd pasangan anda malah pd bakal zuriat anda.Jadi bila sudah bergelar tunangan orang,anda seharusnya matang dlm berfikir. Jangan terlalu ikut kata hati serta hormati lah  pasangan anda kerana ini merupakan latihan utk anda dan pasangan anda, sebelum mengharungi alam rumahtangga.







Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO