Welcome!

Promosi Hebat!

Dira Abu Zahar Kena Buang Melodi, Awal Ashaari Jadi Pengganti Bersama Zizan Razak?

on Jumaat, 20 April 2012




Rakan Zizan Razak di dalam rancangan Melodi TV3, Dira Abu Zahar tidak kelihatan bergandingan bersama Zizan untuk mengendalikan rancangan hiburan terbitan TV3 selama beberapa minggu yang lepas.
Khabarnya, Dira Abu Zahar telah dibuang oleh pihak Melodi TV3 gara-gara insiden pergaduhan di pusat hiburan seperti dalam kenyataan dalam akhbar tempatan yang lepas.
Kalau tak silap, sebelum dibuang dari program Melodi TV3, Dira memang sudah tidak kelihatan beberapa minggu di dalam program Melodi TV3 bersama-sama Zizan.
Insiden pergaduhan di pusat hiburan di mana Dira didakwa menyepak seorang wanita sehingga mendatangkan kecederaan teruk di mulut dan di hidung wanita tersebut menyebabkan mangsa Dira ini membuat laporan Polis terhadap kelakuan Dira terhadapa dirinya.
Tidak cukup dengan laporan Polis, wanita ini tampil di dalam blog dengan bukti dan laporan Polis mengenai insiden di pusat hiburan tersebut.
Sebelum nie Dira menafikan selebriti yang terlibat dalam pergaduhan di pusat hiburan adalah diri beliau dan sekarang semuanya telah didedahkan oleh pihak media. Benar atau tidak, tuan badan sehingga kini masih belum memberitahu perkara yang sebenarnya sehingga isu ‘Melodi Buang Dira Abu Zahar’ semakin panas!
Zizan pula menegaskan yang beliau tidak masuk campur dalam urusan sebegini sebab ini sudah melibatkan isu peribadi dan tidak patut untuk beliau mencampuri urusan peribadi Dira walaupun bersama-sama mengendalikan program Melodi TV3.
Zizan juga tidak pernah bertanyakan kepada pihak produksi Melodi TV3 atau kepada Dira sendiri mengenai perkara ini kerana menganggap perkara ini amat sensitif untuk dibicarakan kepada umum. Biarlah tuan badan sendiri menyelesaikan perkara ini secara aman.
Timbul pulak spekulasi mendakwa Awal Ashaari akan menggantikan tempat Dira Abu Zahar untuk bersama-sama Zizan Razak di dalam program Melodi TV3 yang bersiaran langsung setiap Ahad, jam 12.30 tengahari di TV3 itu.
Ketika pihak media mendapat kepastian daripada Zizan mengenai Awal Ashaari akan menggantikan Dira, Zizan hanya memberitahu yang beliau tiada mempunyai masalah sekiranya digandingkan dengan Awal kerana beliau melihat Awal adalah seorang yang profesional.
Bagi diri Zizan sudah tentu mudah jika bekerjasama dengan orang yang profesional seperti Awal Ashaari ini, cuma jangan diminta untuk beliau membanding-bandingkan Awal dengan Dira kerana masing-masing mempunyai kebolehan tersendiri.
Jadi, kita tunggu dan lihat Ahad ini sama ada Awal Ashaari akan bergandingan dengan Zizan di dalam program Melodi TV3 atau Zizan masih keseorangan. Jangan lupa Ahad nie yaaa!!!







Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO