Welcome!

Promosi Hebat!

Tips Menjadi Seorang Yang Romantik!!

on Rabu, 18 April 2012



Tips Menjadi Seorang Yang Romantik!!

1. Jangan segan silu meluahkan rasa sayang kamu pada si dia. Tapi biarlah ianya datang dari hati yang ikhlas. Jangan hipokrit tau!

2. Jika si dia merajuk, tak salah kalu kamu memujuknya. Hati cepat sejuk bila mendengar pujukan kamu.

3. Renungi mata si dia bila kamu berhadapan dengannya. Pastikan si dia menyedari cahaya cinta melalui mata kamu. 

4. Bercakap secara lembut dengan nada suara yang rendah dan teratur. Elakkan dari meninggikan suara atau ketawa dengan kuat. Biarlah menjadi 'soft-spoken'.

5. Sentiasa memimpin tangan si dia ketika berjalan seiringan. Biarlah si dia rasa selamat berada di sisi kamu.

6. Sesekali apa kata kalau kamu membelikan si dia hadiah istimewa buat si dia. Biarpun murah, janji pemberian itu ikhlas.

7. Sering mengambil berat akan si dia tapi janganlah sampai mengongkong. Nanti si dia akan boring dengan sikap kamu itu.

8. Selalu berpakaian sedondon ketika keluar bersama. Contohnya, jika si dia pakai baju merah, kamu pun turut memakai pakaian berwarna merah.

9. Kunjungi tempat-tempat yang boleh menimbulkan mood yang romantik. Contohnya di tepi pantai atau kawasan peranginan.

10. Lemparkan senyuman yang paling manis buatnya ketika berjumpa. Pastikan senyuman itu mampu mencairkan hatinya.





















SumbeR
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO