Welcome!

Promosi Hebat!

Saintis Bapa Kepada 600 Bayi???

on Khamis, 12 April 2012











LONDON: Perintis saintis Britain mungkin menjadi bapa kepada 600 bayi dilahirkan di klinik kesuburan di bandar raya ini yang dibuka bersama isterinya pada 1940-an. 

Bertold Wiesner dipercayai seorang daripada penyumbang utama Klinik Barton yang membantu wanita melahirkan kira-kira 1,500 bayi antara awal 1940-an dan pertengahan 1960-an.

Dakwaan mengejutkan itu dibuat dua lelaki yang dilahirkan di klinik berkenaan yang mendapati Wiesner adalah bapa kandung mereka. 

Penerbit filem dokumentari dari Kanada, Barry Stevens dan peguam berpangkalan di London, David Gollancz menjejaki 18 lagi orang yang dilahirkan di klinik itu dan mendapati 12 daripadanya atau dua pertiga yang menjalani ujian berbapakan Wiesner.










Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO