Annona squamosa
Famili : Annonaceae
Nama Tempatan : Nona/Srikaya
Kegunaan/Kaedah Penggunaan
Daun pokok nona ini boleh direbus dan diminum bagi mengatasi masalah mual-mual, sengal-sengal tulang, batuk dan selsema. Daunnnya boleh ditumbuk dan digunakan bagi mencuci rambut untuk mengatasi masalah sakit kulit terutamanya bisul.
Kulit buah tumbuhan ini boleh direbus dan diminum bagi menyembuhkan demam dan cirit birit . Manakala air rebusan akarnya boleh digunakan sebagai julap dan juga mengatasi masalah sakit tulang belakang dan sakit pinggang.
Biji buahnya boleh ditumbuk dan disapu bagi mengatasi masalah sakit sendi dan juga membunuh kutu pada rambut. Bijinya mempunyai kesan toksik dan tidak boleh dimakan.
so, semalam ada satu kisah ingin saya ceritakan kisah perubatan Islam yang terletak di Selangor. saya agak pelik sedikit, tetapi tidak menganggap paperpun, ustaz memukul badan pesakit dengan menggunakan kayu nona dan kesan kepada pukulan yang amat perlahan itu menimbulkan kesan hitam di badan pesakit. pesakit juga meraung tidak tahan kesakitan seperti dihunus pisau yang amat tajam. terpanggil dengan itu saya mencari,membongkar dan menyampaikan kepada anda .
so sedikit review dan untuk anda di luar sana yang menghadapai gangguan dan apa jua masalah, boleh cuba kaedah alternatif yang lain..kita berusaha DIA yang menetukan..
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan