Welcome!

Promosi Hebat!

Risiko Menghidap Kanser Jika Burger Di Makan 5 Kali Seminggu

on Rabu, 11 April 2012







Pada sebahagian masyarakat, pengambilan burger mungkin menjadi hal yang masih jarang dilakukan. Tapi bagi sesetengah orang yang lain nya, mungkin hal ini menjadi kebiasaan, bahkan telah menjadi makanan kegemaran seseorang.

Persoalannya, berapa banyak anda memakan burger setiap minggu? Burger apa yang lebih anda suka? Daging ayam atau daging lembu? Jika jawapannya lebih daripada lima dan anda lebih suka makan burger daging lembu, maka ada baiknya untuk anda berhati-hati.

Berdasarkan sebuah pertemuan antara cendiakawan yang bekerja dengan pemerintah England, mereka telah sebulat suara mengeluarkan pandangan bahawa makan burger lima kali dalam seminggu dapat memperbesarkan risiko mendapat kanser.

Oleh itu, mereka mengesyorkan kepada seluruh masyarakat agar tidak makan burger daging, khususnya daging lembu atau daging merah yang telah di proses, lebih dari 500 gram setiap minggu (70 gram sehari).

“Daging merah memang penting untuk tubuh, namun akan menjadi perkara yang tidak bertanggung jawab bila kita mengetepikan risiko penyakit yang akan muncul. Pandangan kami cukup jelas.” ulas sumber daripada pertemuan cendiakawan pemerintah.

Katanya lagi, penemuan ini akan di siarkan secara menyeluruh oleh Jawatankuasa Penasihat Sains untuk Nutrisi (SACN) dalam beberapa hari lagi.

Penemuan ini diharap dapat menguatkan lagi laporan SACN yang pada sebelumnya juga telah menemui bahawa pengurangan pengambilan daging merah dan daging yang telah diproses akan mengurangkan risiko menghidap kanser usus..






Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO