Welcome!

Promosi Hebat!

Isteri Nabil Raja Lawak, Zira Kini Hamil 5 Minggu

on Rabu, 18 April 2012

gambar dira mengandung



Akhirnya berita yang ditunggu-tunggu oleh semua pasangan suami isteri hadir jua kepada Nabil Raja Lawak dan isterinya Zira. Berita gembira ini hadir selepas Zira melakukan pemeriksaan melalui kit kehamilan apabila berasa agak tidak selesa di waktu pagi. Kini Zira sudah hamil 5 minggu
Kata Zira:-
Pagi tadi saya rasa tak sedap badan jadi saya menyuruh Nabil membeli kit kehamilan untuk mengetahui sama ada saya berbadan dua atau sebaliknya. Alhamdulillah, keputusannya positif dan kami sepakat untuk mendapatkan pengesahan di sebuah klinik. Syukur usaha kami untuk mendapatkan anak akhirnya dimakbulkan. Doktor mengesahkan saya mengandung lebih lima minggu. Soal jantina anak masih awal untuk saya perkatakan. Apa yang penting biarlah zuriat kami sihat dan sempurna.
Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Nabil dan Zira. Sila jaga kandungan elok-elok kerana waktu sekarang ini adalah sangat kritikal. Semoga segalanya berjalan lancar buat pasangan ini. Kredit berita Media Hiburan.





Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO