Welcome!

Promosi Hebat!

Senarai Peserta & Biodata Protege Mentor 6

on Sabtu, 24 Mac 2012

                                            Senarai Peserta & Biodata Protege Mentor 6

Agaknya semua dah sedia maklum yang Mentor 6 bermula pada 18 Mac 2012 hari tu dengan konsert pengenalan. Konsert ini bakal memperkenalkan 6 senarai protege kepada 6 mentor untuk musim ke-6. Mentor pada musim ke-6 adalah Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Ella, Ramlah Ram, Faizal Tahir, Ferhad dan Adam AF.



                                                            Senarai Protege Mentor 6:

Salwani Sawi @ Wanie (Ferhad)
Abd Kadir Unding Lana @ KJ (Adam)
Puteri Caroline Mohd Kamel @ Caroline (Ella)
Ana Syuhada Noor Asram @Ana Syuhada(Ramlah Ram)
Noor Nazatul Farahin @ Zatul (Ogy Ahmad Daud)
Anas Ridzuan @ Anas (Faizal Tahir)






                                                                       Protege Ferhad

Nama : Salwani Sawi
Nama Panggilan: Wanie
Asal : Wilayah Persekutuan Labuan
Umur : 18 tahun


“Saya masuk Mentor sebab nak teruskan perjuangan saya dalam muzik dan mencapai impian saya menjadi seorang pensyarah muzik. Saya mempunyai kelumpuhan muka di bahagian kiri dan semua orang pandang saya pelik. Saya masih lagi malu meneruskan minat saya tapi saya nak cuba lawan penyakit saya ini. Saya nak buktikan kepada semua yang orang seperti saya juga boleh berjaya. Saya rasa bertuah menjadi protege Ferhad kerana dia seorang yang sangat versatil dan mempunyai cara yang tersendiri.”


Protege Adam

Nama Penuh : Abdul Kadir Haji Unding Lana
Nama Panggilan : KJ
Asal : Kota Kinabalu
Umur : 24 tahun
Pengalaman : Showdown 2010 dan 2011, Borneo Crew
dan Borneo Soul Breakers


“Dari dulu lagi saya dah minat dengan Adam. Dia bukan saja boleh menyanyi, tapi dia juga boleh menari dengan baik dalam masa yang sama. Saya sendiri sejak 15 tahun sudah mula menari B-Boy, jadi sekarang saya nak buktikan yang saya juga mampu menyanyi dengan baik sambil menari. Saya gembira kerana dapat mentor seperti Adam.”


Protege Ella

Nama Penuh : Puteri Caroline Mohd Kamel
Nama Panggilan: Caroline
Asal : Tanah Merah, Kelantan
Umur : 20 tahun


“Saya rasa sangat gembira dan seronok apabila dipilih oleh Kak Ella. Masa dia telefon saya, saya memang tak percaya yang saya terpilih. Bagi saya, Mentor merupakan platform yang bagus untuk saya mengetengahkan bakat yang saya ada. Saya masuk Mentor atas niat untuk membantu keluarga saya dan juga memperluaskan lagi bakat nyanyian saya.”


Protege Ramlah Ram

Nama Penuh : Ana Syuhada Noor Asram
Nama Panggilan: Ana Syuhada
Asal : Shah Alam
Umur : 21 tahun
Pendidikan: Diploma Muzik (Vokal)


“Saya masuk Mentor sebagai platform untuk tunjuk bakat dan kebolehan yang saya ada. Mula-mula masa diumumkan, saya tak percaya yang saya akan menjadi protege kepada Kak Ramlah. Saya rasa bertuah kerana Kak Ramlah nampak apa yang ada pada diri saya dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan ini.”


Protege Fauziah Dato’ Ahmad Daud

Nama Penuh : Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin
Nama Panggilan: Zatul
Asal : Bedong, Kedah
Umur : 23 tahun


“Saya mencuba Mentor sebab nak cari satu platform yang betul untuk mengetengahkan bakat saya. Kak Ogy ada banyak pengalaman dalam bidang seni, jadi dia boleh didik saya menjadi penyanyi yang bagus dan berilmu macam dia. Sebagai protege dia, saya kena kuatkan semangat,fizikal dan juga mental saya. Orang kata Kak Ogy garang, tapi saya percaya jika dia marah pasti ada sebab iaitu untuk mempertingkatkan lagi bakat saya.”


Protege Faizal Tahir

Nama Penuh : Anas Bin Ridzuan
Nama Panggilan: Anas
Asal : Perak
Umur : 23 tahun
Pendidikan : Ijazah Filem, Teater dan Animasi UiTM
dan aktif dalam teater bersama Dewan Bahasa dan Pustaka


“Sebelum ini saya tak pernah pergi mana-mana sesi uji bakat, namun tiba-tiba terdetik di hati saya untuk masuk Mentor 6. Saya ingin masuk Mentor sebab saya nak belajar apa yang saya tak belajar di universiti. Banyak faedah yang boleh saya peroleh dari program ini dan saya gembira dapat menjadi protege kepada Faizal Tahir.”




SumbeR

Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO