Welcome!

Promosi Hebat!

9 Tanda Si Dia Jatuh Cinta Pada Anda

on Jumaat, 23 Mac 2012












1. Dia akan selalu menghubungi anda.. (sms dan call).. Bangun pagi, dia akan sms anda.. sbb andalah org pertama yang bermain di pikirkan nya apabila dia sudah jatuh cinta.. Inbox anda kini penuh dgn pesanan ringkas daripada dia..

2. Dia ingin mengetahui semuanya tentang anda.. Setiap saat dia nk tahu apa yang anda buat, siapa kawan anda, apa kegemaran anda, tentang keluarga anda.. semuanya akan dia tanya.. Baginya.. terlalu banyak soalan ingin di utarakan apabila sudah jatuh cinta..

3. Dia kini seperti pemberita. Setiap saat apa yang dia lakukan.. dia ingin memberitahu anda. Ingin memaklumkan apa yang dia buat, apa yang terjadi pada dia, kepada anda.. Dia ingin berkongsi kegembiraaan, dan kesedihan dgn anda. Jgn terkejut jika anda adalah org pertama dia hubungi apabila mendapat berita gembira dan sebagainya walaupun tengah malam atau pagi buta.

4. Masanya hanya untuk anda. Cakap saja bila, di mana.. dia pasti ada untuk anda. Jika anda perlukan dia.. dia sanggup tinggalkan kerjanya dan terus bergegas menemui anda..

5. Anda mula di hujani bunga, coklat, hadiah, kad, dan sebagainya. Walaupun bukan hari jadi anda.. walaupun bukan ulang tahun perkenalan anda.. anda tetap akan menerima sesuatu daripadanya. Ini bermakna.. ke mana saja yang dia pergi.. dia akan teringatkan anda.. Nampak saya barang2 y cantik dan menarik.. dia akan terpikir anda.. ingin melihat senyuman di bibir anda.. Hei.. dia da benar-benar jatuh cinta!

6. Rambut dia sentiasa basah ketika bertemu anda.. Dia sentiasa berpakaian kemas utk menemui anda.. Dia mahu memberi image y terbaik di hadapan anda.. Mungkin juga ada y sakit hidung kerana perfume y terlalu kuat di pakai oleh dia. Jgn salahkan dia.. dia sedang mabuk cinta.. andalah penyebabnya

7. Si dia tidak lagi perlukan hiburan. Tak perlu menonton cerita lawak dan sebagainya utk ketawa.. Hanya dgn membaca sms anda.. dia mampu tersenyum lebar.. dan ketawa hingga tak keruan jadinya.. Anda penyebab dia di gelar 'gila'..

8. Kesalahan anda mudah untuk dimaafkan. Kalau anda terlupa janji anda.. datang lewat utk temu janji.. ada buat salah dan sebagainya.. dia akan jawab 'Tak apa'.. erm.. bg dia.. sudah cukup gembira anda sudi berada di sisinya.. Huish.. mmg tangkap cintan la ni.

9. Dia menjemput kamu makan malam di rumah keluarganya.. Jaga-jaga.. dia benar-benar telah jatuh cinta.. dia tidak akan melepaskan anda!
















Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO