Welcome!

Promosi Hebat!

Zizan Gembira & Teruja Juliana Evans Pulang!

on Khamis, 21 Jun 2012

Zizan & Juliana Evans



Pelakon, pengacara dan pelawak negara, Zizan Raja Lawak ternyata begitu gembira dan teruja dengan kepulangan sahabat wanita baiknya, Juliana Evans ke Malaysia tiga minggu lalu.
Kepulangan Juliana Evans itu merupakan kepulangan kali kedua sejak dia berada di Amerika Syarikat sejak lima bulan lalu.
Tetapi, kerana kesibukan tugas dan jadual lakonannya yang padat, Zizan tidak dapat bertemu dengan Juliana Evans dengan kerap.
“Sudah tentulah saya suka sangat dapat bertemu dengan dia sebab dah lama kami tak berjumpa. Lagipun dia merupakan kawan wanita saya yang paling rapat setakat ini.
“Ini kali kedua kami berjumpa sejak kepulangannya di mana kali pertama kami berjumpa di Terengganu. Saya tak sempat nak jumpa dia lama-lama sebab jadual saya padat sangat sekarang dengan waktu penggambaran,” katanya seperti dalam Gua.com.
Juliana Evans melanjutkan pelajarannya dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perfileman, Video dan Media di Universiti Western Michigan.
Dia pulang ke tanah air bagi mempromosikan filem ‘Mael Lambong’ dan juga menjalani penggambaran filem ‘Dampak’.
Nampaknya, Zizan ketika ini pastinya dalam keadaan yang begitu tenang dan gembira memandangkan Juliana Evans berada dekat dengan dirinya.






Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO