Welcome!

Promosi Hebat!

Zalim, Guru Tekap Seterika Panas Di Pipi Pelajar Kerana Bersembang

on Jumaat, 8 Jun 2012

Zalim, Guru Tekap Seterika Panas Di Pipi Pelajar Kerana Bersembang
SINGAPURA : Seorang guru tadika kanak-kanak (TK) di Singapura ditahan oleh pihak polis setelah menekap seterika panas pada wajah muridnya hanya kerana mereka bersembang di dalam kelas. Ketujuh-tujuh murid yang menjadi mangsa tersebut mengalami kesan luka melecur pada wajah mereka.
Guru perempuan yang bernama Yi itu, mungkin saja akan menekap seterika panas pada wajah lebih banyak muridnya lagi jika tidak dicegah oleh seorang guru lain yang kebetulan melintas kelas tersebut.
Yi juga mengancam muridnya untuk tidak memberitahu mengenai kejadian tersebut kepada orang tua mereka. Guru yang masih bujang tersebut menyuruh anak muridnya untuk mengatakan luka pada wajah terjadi disebabkan mereka jatuh di dalam tandas. Demikian diberitakan China Daily.
Cheng Sixia, seorang ibu murid yang melihat pipi anaknya melecur, merasa curiga dengan penjelasan guru berusia 30 tahun tersebut. Yi mengaku kepada orang tua murid itu, anaknya yang berusia enam tahun terjatuh di tandas kerana lantai tandas licin.
Cheng curiga dengan penjelasan kerana dia melihat luka tidak hanya pada wajahnya tetapi juga pada bahagian belakang telinga anaknya. Luka di telinga ini tentu saja tidak terjadi disebabkan terjatuh di tandas.
Setelah bertanya kepada murid lain, Chui mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada anaknya. Dia akhirnya mengetahui wajah anak ditekap dengan seterika panas.
Yi mengaku dirinya hanya ingin menakutkan anak muridnya dengan menekap seterika itu. Namun dia tidak menyedari benda itu amat panas saat ia gunakan kepada muridnya.
Yi kini telah ditahan pihak polis. Dia dipenjara selama 10 hari oleh Pihak Polis Singapura.









Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO