Welcome!

Promosi Hebat!

Megan Fox Mengandung Anak Pertama? [update]

on Sabtu, 9 Jun 2012

KUALA LUMPUR – Laman-laman berita antarabangsa kecoh apabila pelakon jelita Hollywood dan bintang Transformers, Megan Fox, dikatakan hamil dan dijangka akan melahirkan seorang bayi pada akhir September atau awal Oktober tahun ini.
Sumber memberitahu majalah The Star bahawa Megan dan pasangannya, Brian Austin Green, sedang teruja menanti kelahiran seorang bayi dan anak perempuan suaminya (dari isteri pertama Brian), Kassius, 10, akan menerima seorang adik dari ibu tirinya.
“Sangat jelas bahawa Megan dan Brian sangat gembira tentang bayi tersebut sama ada lelaki atau perempuan. Tapi mereka berdua mungkin risau mengenai reaksi Kassius untuk menerima seorang adik (tidak lama lagi).
“Dia (Megan) dijangka melahirkan bayi pada hujung September atau minggu pertama Oktober ini.
“Megan kini dikaitkan dengan sebuah filem baru, Swindle, namun ia terpaksa ditulis semula (skrip) dan pergambarannya dijangka tidak akan bermula melainkan pada tahun depan, jadi dia boleh menumpukan perhatian kepada bayi dalam kandungannya itu,” kata sumber yang dipetik dari majalah tersebut baru-baru ini.
Megan, 26, dan Brian difahamkan telah menunggu hampir dua tahun untuk memiliki anak dari hasil perkahwinan mereka selama ini.
Dailymail.co.uk pula menyiarkan gambar-gambar Megan yang menunjukkan bahagian perut aktress Transformers itu yang kelihatan sedikit membesar, dipercayai mengandung.
Menurut laporan laman berita itu, Megan yang berpakaian kasual dengan mengenakan seluar jeans dan berbaju-T kelihatan malu-malu serta cuba menyembunyikan wajahnya dari lensa kamera dengan sebiji bantal kecil.
Bagaimanapun, tiada pengesahan yang diberikan oleh Megan atau pasangannya mengenai desas-desus yang menyatakan mereka bakal menimang cahayamata pada tahun ini.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
sumber : mynewhub




Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO