Kembar artis ada sahaja mana-mana, tidak kira jika mereka kebetulan seiras atau sengaja mengubah diri mereka untuk kelihatan seperti artis pujaan mereka.
Ternyata ada saja yang akan dilakukan oleh peminat seseorang artis tersebut bagi menyerupai ikon pujaan mereka baik dari segi pemakaian, ataupun gaya kehidupan seharian.
Baru-baru ini, penyanyi kumpulan Rock nombor satu negara, Amy dikejutkan apabila disapa 'kembarnya' sewaktu berkunjung ke Tawau, Sabah.
Peminat yang dikatakan seiras dengan beliau tersebut bernama Padzushah Damodaran.
Padzushah dikatakan popular di bandar Tawau kerana seiras dengan Amy hinggakan mempunyai gelaran Amy Tawau.
Sama ada seiras atau tidak, rasanya Amy patut berbangga memiliki peminat yang betul-betul menyanjungi beliau.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan