PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah mengakui mula menaikkan harga bayaran untuk dia mengadakan persembahan bermula Februari lalu kerana merasakan sudah tiba masanya dia berbuat demikian.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata hal tersebut merupakan perkara biasa bagi seseorang penyanyi di mana harga yang ditetapkan dalam sesebuah persembahan haruslah mengikut pencapaian dalam karier seni masing-masing.
“Memang harga bayaran untuk saya mengadakan sesebuah persembahan dah naik sejak penyertaan saya dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) yang berlangsung pada Februari lalu lagi.
“Dan ia merupakan perkara normal bagi setiap penyanyi yang menaikkan harga mereka. Harga petrol pun naik setiap tahun, takkan kami (penyanyi) tidak boleh naikkan harga sedikit?” katanya.
Tambah Shila, dia kecewa apabila ada segelintir pihak menganggap dia tidak boleh berunding dengan harga bayaran yang diberi sedangkan dia sangat terbuka bergantung kepada kemampuan sesebuah syarikat yang ingin menjemputnya mengadakan persembahan.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan