Welcome!

Promosi Hebat!

Awi Rafael Dan Hanez Suraya Sah Bercinta

on Khamis, 21 Jun 2012

Rasanya mungkin ramai peminat yang tertanya-tanya apa status hubungan awi rafael dan hanez suraya (pelakon). Ada yang kata diaorang bercinta, ada yang kata tak. Apa pun, spekulasi tu dah bolehlah dihentikan sebab mereka dah pun mengaku tengah hangat bercinta sekarang ini.
hanez suraya dan awi rafael bercinta
Berdasarkan sumber, usia hubungan mereka ni dah pun masuk 3 bulan walaupun sebelum ni hanez ada menafikan yang diaorang bercinta. Mereka mula mengenali antara satu sama lain bila pengurus awi rafael menjemput hanez untuk menjadi model video single terbaru awi, ‘asalkan aku ok’. Kata hanez :
“Pada mulanya saya tak suka dia (awi) sebab dia nampak macam orang yang poyo. Tapi bila saya mula kenali dia, rupa-rupanya awi seorang yang bertanggungjawap, suka mengambil berat dan menghormati orang lain. Saya senang dan selesa bila bersama dia.”
Hanez jugak sempat memberikan komen tentang gambar awi rafael bertatu :
“Saya dan keluarga tiada masalah pasal gambar tu sebab itu gambar lama. Saya dan keluarga menerima dia seadanya. Lagipun awi di dalam gambar tu ialah awi dulu, kehidupan lampau dia. Sebagai manusia, pada masa lampau kita tentulah banyak buat silap.”
Aww sweet habis pengakuan hanez ni. Untung awi dapat awek macam hanez. Anyway, tahniah diucapkan pada pasangan ini. Moga hubungan mereka ini akan berakhir ke jinjang pelamin hendaknya. Insyaallah~ akidazami.com







Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO