Welcome!

Promosi Hebat!

Watie & Azza Elite Bersanding Sekali

on Rabu, 2 Mei 2012

Watie & Azza Elite Bersanding Sekali


KUALA LUMPUR – Dua ahli kumpulan penyanyi wanita, Watie dan Azza Elite hari ini melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka secara serentak di kediaman rasmi Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir.
Dalam majlis resepsi itu, Wati dan Azza masing-masing memperagakan warna pakaian yang sama menunjukkan tema majlis mereka yang sedondon.
Sehingga waktu ini, majlis resepsi mereka masih lagi berlangsung di lokasi tersebut.
Dua penyanyi wanita itu juga turut berkongsi pelamin bersama-sama dengan pasangan masing-masing.
Nor Azzarima Zawari,34, atau Azza telah bernikah dengan suaminya yang juga seorang pramugara penerbangan AirAsia iaitu Azlan Zulaily awal bulan April lalu di Masjid Bukit Antarabangsa.
Azza yang sudah menjanda selama tujuh tahun akhirnya selamat bergelar isteri kepada Azlan dengan tiga kali lafaz.
Bagaimanapun, tarikh dan lokasi pernikahan bagi penyanyi Norwati Sadali atau Watie Elite, 35, dengan pasangannya Zulkifli Daud (Joey), 38 pula tidak dapat dikenal pasti kerana pasangan itu masih lagi merahsiakan tarikh mereka diijabkabulkan.





Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO