Lelaki Kacak yang bergelar “Playboy” kerapkali layak untuk menjadi ikon kasanova. Memiliki paras rupa yang meletop pastinya akan dilabel sebagai kasanova, mendapat label sebegini indah bukan? Jangan kita lupa bahawa selalunya lelaki seperti ini pasangannya akan mengikut jejaknya untuk berpelakuan serupa.
Kebanyakkan Lelaki Kacak akan berlagak dan berbanga apabila berjalan dengan wanita-wanita cantik. Apabila berjalan beriringan semua mata tertumpu kepada mereka. “Wah! mesti aku dikatakan hebat. Aku akan memberi 1001 alasan dicipta untuk melepaskan diri kelak” Tapi tatkala LELAKI KACAK mengeluarkan perkataan ajaib perempuan boleh mencair dan terlentok sehinggakan tak sedar air liur meleleh keluar tetapi yang peliknya perempuan masih boleh menerima alasan tanpa banyak persoalan.
Luahan Hati Seorang Wanita
Sayang.. andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu sukar dimiliki ? Cintamu itu umpama kota kristal yang indah di penglihatan sebaliknya derita dalam perasaan. Cinta bukan paksaan, ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tak di undang. Perginya tiada yang merelakan.Cinta bukan mengajar kita lemah tapi membangitkan kekuatan dan cinta bukan melemahkan, sebaliknya membangkitkan semangat.Ingatlah Lelaki Kacak cinta tak semestinya boleh membahagiakan hidup kita, ianya boleh hadir dan pergi pada bila-bila masa. Jagalah ia sepenuh hati kerana hilangnya boleh menghancurkan hidup kita. Lelaki Kacak setialah pada orang yang memberikan cinta dan belajar untuk menjadi setia. Kerana yang setia akan setia pada kita.
Apakah Wanita ini terdesak ? Atau mudah ditawan hanya kerana paras rupa yang kacak ? Sejauh mana Cinta Si Lelaki Kacak ?
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan