Welcome!

Promosi Hebat!

'TOP 5' Sepanjang Zaman... Filem Hantu Berkisar Kisah Benar Terbaik

on Ahad, 27 Mei 2012




Berikut adalah 5 cerita cerita hantu terbaik di Hollywood yang di lakon semula di dalam filem dan dikatakan daripada kisah yang benar benar terjadi :-

5. AN AMERICAN HAUNTING (2006)

Kisah ini berdasarkan lagenda terkenal Bell Witch. Menurut sebuah artikel yang ditulis pada 1886 oleh seorang pakar sejarah dalam 'History of Tennessee', pada tahun 1804, orang ramai dari segenap pelusuk tempat akan datang berduyun dyun ke kediaman Bell untuk menyaksikan sihir hitam Bell Witch. Bell Witch merupakan satu entiti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tapi boleh berhubung dengan manusia, selain daripada bersentuhan, menggangu penghuni rumah dengan membaling gula, mengetuk peralatan rumah malah mencubit ahli keluarga penghuni dan sebagainya. 

Kisah terkenal di sebalik kewujudan Bell Witch adalah kisah tentang seorang perempuan yang bernama Katie Batts yang telah bersumpah di saat terakhir kematiannya akan membalas dendam terhadap John Bell yang dipercayainya telah menipu dia dalam pembelian rumahnya, dan ternyata rohnya telah bangkit semula dan mengganggu John serta anaknya Betsy. 

Tidak semua yang ditunjukkan dalam filem itu sama seperti yang di ceritakan didalam lagenda. Salah satunya, penyebab kematian John, ayah Betsy dikatakan sebenarnya mati disebabkan oleh Bell Witch itu sendiri yang menukarkan ubat kepada racun. Dan di dalam kisah lagenda, ayahnya tidak pernah melakukan deraan terhadap Betsy. 

Tiada bukti yang kukuh untuk membuktikan kisah ini benar benar terjadi namun meamang terdapat beberapa karakter yang benar benar wujud seperti keluarga Bell sendiri. Trailer filem ini boleh di saksikan melalui youtube. Klik!


4. THE EXORCISM OF EMILY ROSE (2005)

Kisah ini terkenal kerana pembicaraan terhadap satu kes pembunuhan oleh paderi yang bernama Father Arnold Renz dan Pastor Ernst Alt yang cuba membantu seorang remaja yang dikatakan kerasukan. 

Filem ini berdasarkan kisah gadis remaja bernamaAnneliese Michel (lahir: September 21, 1952 di: Klingenberg, Bavaria, Germany. Mati: July 1, 1976), berusia 17 dan masih menuntut di sekolah menengah. Kejadian bermula dengan serangan sawan yang pertama pada tahun 1968. Seorang pakar otak mengesahkan yang dia diserang penyakit sawan Grand Mal. Sesudah itu dia sering mengalami ilusi yang menakutkan terutamanya ketika bersenbahyang. Dia juga mengatakan yang dia sering terdengar suara suara yang mengutuk dia. Makhkamah telah mengesahkan bahawa dalam tahun 1973, Anneliese mengalami depresi dan pernah cuba untuk membunuh diri.

Pada tahun 1975, percaya yang anak mereka kerasukan, kedua ibu bapa Anneliese telah berpaling kepada pengubatan alternatif untuk menghalau syaitan yang menggaggu anak mereka. Pengamal pengubatan cara ini yang mengkaji keadaan Anneliese dan mengesahkan yang dia kerasukan
Tanda tanda awal yang Anneliese kerasuakan ditemui oleh seorang perempuan tua yang mendapati kelakuan Anneliese yang berlainan sewaktu perarakan penghijrahan. . beberapa pengamal perubatan cuba untuk merawat Annwliese tetapu akhirnya Bishop, ketua orang orang kristian telah menugaskan 2 orang paderi iaitu Father Arnold Renz dan Pastor Ernst Alt unutk melakukan pengubatan dan lantas menghalau syaitan Anneliese. Kedua paderi ini telah melakukan 67 upacara dalam masa 10 bulan. 

Antara perkara pelik yang dilakukan oleh Anneliese adalah mencederakan tubuh badannya sendiri, menjilat air kencingnya dari permukaan lantai, menggigit hingga putus kepala seekor burung serta merangkak dan menyalak seperti anjing. Sering kali juga terdengar dia meneriak di sebalik dinding dan mengoyak bajunya serta kencing di dinding. Menurutnya Anneliese, di dalam ilusinya dia melihat iblis dan syaitan dan beberapa
wajah yang dikenali seperti Hitler dan yang lainnya. Anneliese akhirnya bertindak unutk berpuasa untuk menghalang kedatangan iblis dan makhluk makhluk halus ini. Akibat daripada itu, Anneliese menjadi kurus dan akhirnya meninggal dunia. Kematian Anneliese direkodkan sebagai akibat pengeringan dan kekurangan zat di dalam tubuh badannya.

Di dalam perbicaranan yang diadakan pada tahun 1978 itu, kedua paderi, Father Arnold Renz dan Pastor Ernst Alt, ibu dan bapa Anneliese, Josef dan Anna telah disabitkam kesalahan atas tuduhan kecuaian hingga menyebabkan kematian. Dalam kehidupannya, Anneliese merupakan seorang yang warak dan taat pada agama sehingga pada saat menghamoiri kematiannya dia juga mangatakan yang dia akan mati untuk menebus dosa anak anak muda yang menyimpang dan paderi paderi yang lari dari kepercayaan mereka. Jasad Anneliese di kebumikan di kawasan perkuburan yang dikhaskan untuk anak anak di luar nikah dan orang orang ang telah membunuh diri. 2 tahun selepas itu, Kubur Anneliese dibongkarkan semula kerana ibu bapanya mahu menukar keranda yang lebih baik untuk Anneliese. Tapi menurut khabar, kubur Anneliese di gali semula kerana mayatnya harus dibakar setelah ibubapanya menerima khabar daripada seorang paderi wanita yang mengatakan bahawa dia menerima visi yang keadaan mayat anak mereka masih lengkap. 

Kata terakhir Anneliese pada hari dia meninggal dunia ialah "Memohon pengampunan" dan kepada ibunya, Anna "Ibu, saya takut.".

"I know that we did the right thing because I saw the sign of Christ in her hands. She was bearing stigmata and that was a sign from God that we should exorcise the demons. She died to save other lost souls, to atone for their sins." - Anna Michel (Anneliese's mother, 2005)

Sekiranya ada berani untuk mendengar rekod suara Anneliese yang menyeramkan semasa kerasukan, saya cabar anda klik. Dan untuk menonton trailer The Exorcism of Emily Rose melalui youtube, klik sini.





3. THE ENTITY (1981)

Kisah ini berkisarkan tentang seorang wanita yang mengaku dirinya didera malah dirogol oleh makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sukar unutk mempercayai kewujudan hantu atau mahluk halus, inikan pula hantu yang merogol orang!!

Dua orang penyiasat yang sedang melancarkan sebuah buku di sebuah kedai telah didatangi ole Doris Bither. Setelah mendengar cerita Doris, kedua penyiasat ini, Dr. Barry Taff dan rakannya Kerry Gaynor , bersetuju ke alamat 11547 Braddock Dr. Culver City untuk menyiasat apa yang telah dilaporkan pada 22 ogos 1974. Doris Bither merupakan seorang wanita yang bertubuh agak kecil, berusia dalam lingkugan 30 an, mempunyai seorang anak perempuan berusia 6 tahun dan 3 orang anak lelaki, masing masing berusia 10, 13 dan 16 tahun. Keadaan rumah yang berselerakan, keadaan hidup yang tak terurus serta perhubungan yang kurang mesra diantara anak anak dan ibu, itulah yang mula nula di perhati setibanya mereka di rumah tersebut. 

Doris Bither yang sememangnya mangsa dera semasa kecil mendakwa dirinya di dera secara fizikal dan seksual oleh entiti tersebut. Dia mendakwa sering terlanggar dengan entiti ini dan sering di seksa secara fizikal. Anak anaknya juga mengaku sering terserempak dengan bayangan entiti ini sehingga menamakan salah satunya, mr. Whose-it. Campur tangan anak anak Doris ini membuat kedua penyiasat ini tergerak unutk melanjutkan siasatan mereka. 

Tapi apa yang lebih menarik adalah pengakuan Doris yang menyatakan dirinya juga di rogol oleh entiti ini. Dua daripada entiti ini bertubuh agak kecil akan menahan tangannya sementara satu lagi yang bertubuh paling besar akan merogol dia. Anak sulung Doris juga mengaku pernah melihat ibunya di humban tanpa ada apa apa yang kelihatan, malah satu ketika dia cuba menolong tetapi bagai ada ada satu tenaga yang menolak dia hingga tersungkur. 

Berpandukan apa yang telah didengar, Kedua penyiasat ini bertindak dengan meminta bantuan daripada pakar paranormal yang lain untuk menyiasat apa yang sebenarnya berlaku. Dengan peralatan seperti camera berkelajuan tinggi, jurugambar profesional dan alat perakam suara, semuanya disediakan di bilik Doris. Seramai 20 orang mereka turut memenuhi ruang bilik tersebut. Doris telah diarah untuk membuat entiti tersebut keluar. Dengan sumpah seranah dan kata kata kasar ynag di tujukan ke atas entiti tersebut akhirnya tanpa mereka duga, cahaya mula berkelip dan bergerak di sekitar bilik serta kepulan asap hijau mula kelihatan. Beberapa detik kemudian bayangan susuk tubuh lelaki yang agak besar dan berotot mula juga muncul diantara kepulan asap itu. 
Walau secanggih mana pun kamera berkelajuan tinggi yang di gunakan serta jurugambar yang ada, tidak satu pun gambar pergerakan aneh ini dihasilkan pada filem kamera. Apa yang ada cuma bentuk gerbang cahaya di dalam bilik itut. Salah satu gambar yang menjadi perhatian ialah gambar yang menunjukkan Doris sedang duduk di katil dan gerbang cahaya terletak di atas kepalanya.Yang menarik tentang gambar ini, cahaya itu kelihatan lurus tanpa bengkok walaupun terdapat sudut di dalam bilik tersebut. Para penyiasat ini melakukan perhatian terhadap cahaya dan aktiviti paranormal di dalam rumah Doris selama dua bulan setengah dan secara beransur ansur aktiviti entiti ini semakin berkurangan. Untuk menyaksikan trailer filem "The Entity" melalui youtube, sila klik.



2. THE AMITYVILLE HORROR (1979)

Kisah terjadi disebalik filem ini adalah mengenai pembunuhan sekeluarga seramai 6 orang. Pada 14 November seorang lelaki bernama Ronald "Butch" DeFeo masuk ke dalam sebuah bar dan memberitahu sekumpulan rakannya yang berada di situ yang dia bimbangkan keadaan keluarganya. Dia keluar untuk melihat keadaan keluarganya dan kembali semula sambil mengatakan yang seseorang telah membunuh seluruh keluarganya. Pada petang itu juga, rumah dia telah dikerumi oleh pasukan polis yang datang untuk menyiasat. 

Butch pernah mengacukan senapang kepada ayahnya dalam satu pertengkaran tetapi untuk sebab tertentu, senapang itu tidak meletup. Butch juga cuba memperdayakan ayahnya dengan melakukan rompakan palsu apabila ayahnya menyuruh dia menghantar wang dari tempat pernigaannya ke bank. Polis telah dipanggil untuk melakukan siasatan. Seminggu kemudian dia dan ayahnya terlibat dalam satu pertengkaran besar. 

Pada satu malam bulan November 1974, Butch pulang ke rumah dan membunuh keluarganya dengan sepucuk senapang patah. Pada malam 14 November itu, Butch dengan lagak biasa memasuki bilik ayahnya dan menembak ayahnya sebelum menembak ibunya sebanyak dua kali. Kemudian dia turun ke ruang tamu dan menembak dua adiknya, John dan Mark. Adik perempuannya, Alison terbangun sedikit ketika dia memasuki biliknya dan tanpa membuang masa dia terus menembak Alison. Seterusnya dia menembak seorang lagi adiknya, Dawn. 

15 minit kemudian, Butch mandi dan bersiap untuk berkerja dan melakukan rutin hariannya bersama teman wantanya. Di sebelah petangnya dia berjumpa dengan sekumpulan rakannya di sebuah bar.

Di dalam siasatan, dia memberitahu polis bahawa keluarganya di bunuh oleh pembunuh upahan mafia yang ada masalah dengan keluarganya. Polis berjaya memujuknya ke balai dan mereka berjaya menemui peluru di biliknya yang menyerupai peluru yang digunakan untuk membunuh keluarganya. Walaupun terdapat bukti yang menunjuk kepada Butch, dia tetap menafikannya dan menipu polis. 

2 tahun kemudian, perbicaraan dimulakan. Weber, peguambela Butch mengatakan Butch berkeadaan tidak waras semasa berlakunya pembunuhan itu. Manakalaa, pihak pendakwa pula menanyakan soalan bertubi tubi hingga membuat Butch naik angin dan menggugut untuk membunuh pendakwaraya. tujuan pendakwa berbuat demikain hanyalah unutk menyangkal pengakuan tidak waras tertuduh. Dia tidak dapat atau tidak mahu mengaku gambar yang ditunjukkan kepadanya adalah ga,abr ahli keluarganya dan mengaku membunuh mereka, dan dia mengatakan tindakannya itu adalah untuk mempertahankan dirinya. Dalam kenyataannya,

"As far as I'm concerned, if I didn't kill my family, they were going to kill me. And as far as I'm concerned, what I did was self-defense and there was nothing wrong with it. When I got a gun in my hands, there's no doubt in my mind who I am. I am God." 

Akhirnya Ronald "Butch" Defoe dadapati bersalah oleh juri sebulat suara dan dijatuhi hukuman penjara selama 25 tahun.

Inilah kejadian yang benar benar telah direkodkan. Kira kira setahun selepas kejadian pembunuhan keluarga Defoe, keluarga Lutz telah membeli rumah tersebut dan mendudukinya. Walaupun pernah mendengar kisah Ronald Defoe namun George Lutz tetap mahu memilikinya kerana itu merupakan rumah impiannya. Kejadian aneh berlaku saat mereka pindah masuk. Keluarga Lutz hanya bertahan selama 28 hari di situ sebelum berpindah keluar daripada rumah tersebut. Selama 28 hari itulah bermacam macam kejadian aneh berlaku. Tontonlah trailer filem yang menyeramkan ini melalui youtube, klik!


1. THE HAUNTING IN CONNECTICUT (2009)

Buy at Amazon.com

Filem ini adalah filem hantu yang terbaik. Selain daripada nama keluarga yang telah ditukarkan daripada keluarga Snedeker kepada keluarga Campbell di dalam filem tersebut, yang lain adalah benar seperti yang diceritakan. Memang menyeramkan. Aku setuju kalau cerita ini yang terbaik, tapi mempercayainya masih sukar untuk diterima akal aku.

Sebuah rumah terletak di 208 Meriden Avenue daerah Southington, Connecticut, telah disewa oleh keluarga Snedeker pada tahun 1986. Carmen Snedeker, berasa gembira setelah dapat menyewa sebuah rumah dengan nilai yang jauh lebih murah daripada harga sebenarnya. Setelah berpindah, keluarga Snedekar mula mengetahu bahawa rumah itu sebenarnya rumah penyimpanan mayat. Peralatan untuk membedah mayat atau mengurus mayat masih tersimpan di dalam rumah tersebut dan tersembunyi di sebalik dindingnya. Tidak berapa kemudian, keluarga mereka diganggu oleh mahluk halus seperti jin dan syaitan.

Bermacam perkara aneh yang sukar hendak dijelaskan berlaku. Anak anak mereka juga mengaku telah melihat lembaga asing berkeliaran di dalam rumah. Anak lelaki sulung mereka pula dikatakan menjadi sasaran utama mahluk halus ini dan menjadikan dia mula bertukar personiliti. Air untuk mengelap lantai menjadi darah. Makanan yang di simpan di dalam peti sejuk menjadi basi. Suara asing memang biasa kedengaran. Kelakuan anak lelaki mereka bertambah aneh dan terpaksa dikeluarkan daripada rumah tersebut. Sewaktu berada diluar, dia berransur pulih sehingga dia kembali ke rumah itu semula. Malah Carmen juga mengaku yang dia dan suaminya jiga pernah dirogol dan disodom.

"They were incredibly powerful. One of the demons was very thin, with high cheekbones, long black hair and pitch black eyes. Another had white hair and eyes, wore a pinstriped tuxedo, and his feet were constantly in motion." --Carmen Snedeker

Ed dan Lorraine Warren, penyiasat paranormal telah di hubungi untuk membantu mereka yang kemudiannya datang dan mengatakan rumah mereka telah diduduki jin dan syaitan. Mereka juga mengatakan salah seorang pekerja rumah mayat itu adalah necrophilia, iaitu orang bernafsu seks terhadap mayat. Ed dan Lorraine kemudian telah mengupah Ray Garton untuk menulis sebuah buku mengenainya yang berjudul "In a Dark Place: The Story of a True Haunting." Yang menimbulkan kontroversi ialah semasa di temubual, Garton mengatakan adalah sukar untuk dia menulis buku tersebut kerana tiada persamaan di dalam cerita daripada setiap ahli keluarga Snedeker. Apabila diajukan perkara ini kepada Warren, jawapan yang diterimanya dari Warren berbunyi."ohh, mereka gila." Dan yang menjadi tanya juga kenapa penghuni sebelum dan selepas keluarga Snedeker tidak mengalami kejadian seumpama itu? Trailer di dalam youtube, klik.









Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO