Welcome!

Promosi Hebat!

Top 10 Mafia Di Seluruh Dunia

on Rabu, 23 Mei 2012


Mafia merujuk kepada kumpulan-kumpulan rahsia yang terlibat dalam jenayah yang dijalankan di dalam negara hingga ke luar negara. Mempunyai monopoli ke atas kegiatan haram seperti dadah, penyeludupan senjata api, dan sebagainya. Organisasi dan pengurusan mafia lebih besar dan teratur berbanding 10-gangster-berbahaya-di-dunia ini.


10. Jamaican-British Yardies
Jamaican-British Yardies adalah orang Jamaika yang berimigrasi ke Britain pada 1950-an. Kejahatan yang mereka lakukan adalah seperti penyeludupan dadah dan jenayah penggunaan senjata api.

9. THE ALBANIAN MAFIA
Mafia Albania terdiri daripada sejumlah besar organisasi yang berpusat di Albania. Mereka aktif di negara-negara AS dan Eropah dengan memperdagangkan seks dan penyeludupan dadah.


8. THE SERBIAN MAFIA
Mafia Serbia beroperasi di lebih dari sepuluh buah negara termasuk Jerman, Amerika Serikat, Eropah, Perancis, dan lain-lain negara. Mempunyai tiga kumpulan utama yang digelar Vozdovac, Surcin dan Zemun. Tiga kumpulan utama ini akan mengawal kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. Mafia Serbia melakukan penyeludupan dadah, memberi perlindungan paksa, perjudian, pembunuhan secara kontrak, dan kegiatan mencuri.


7. ISRAELI MAFIA

Mafia Israel berada di banyak negara dan melakukan aktiviti seperti pengedaran dadah dan pelacuran. Mafia Israel pada masa ini lebih ganas dan tidak berfikir dua kali tentang hal  pembunuhan berbanding mafia Israel pada masa dahulu. Hubungan baik mafia Rusia-Israel dan politik AS menyebabkan tentera AS sukar menundukkan Mafia ini.


6. MEXICAN MAFIA
Mexican Mafia adalah geng penjara yang sangat kuat di Amerika Syarikat. Ia telah dimulakan pada tahun 1950-an untuk melindungi tahanan terhadap tahanan lain dan dari pegawai-pegawai penjara. Terlibat dalam kegiatan peras ugut dan pengedaran dadah. Tatu begitu sinonim dengan mafia ini yang dianggarkan memiliki 30 000 keahlian di seluruh AS. Mereka memaksa peniaga untuk membayar cukai perlindungan dan orang-orang yang enggan akan dibunuh.Ada yang mengatakan bahawa terdapat 150 ahli penjara yang mempunyai kuasa untuk memerintahkan pembunuhan dan 2000 syarikat-syarikat bersekutu yang akan melaksanakan arahan ini.

5. JAPANESE YAKUZA


Bermula pada abad ke-17. Kebanyakan ahli mempunyai tatu badan menyeluruh. Mempunyai 110,000 ahli aktif yang terdiri daripada 2500 keluarga. Mereka memaksa mangsa untuk membayar cukai perlindungan, mengimport bahan lucah dari AS dan Eropah, kegiatan pelacuran dan pendatang tanpa izin.


4. CHINESE TRIADS
Terdiri daripada pelbagai organisasi jenayah yang berpangkalan di Tanah Besar China, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Singapura, dan lain-lain negara. Mereka juga sangat aktif di New York, Los Angeles, Seattle, Vancouver serta San Francisco.Jenayah mereka melibatkan kecurian, kontrak pembunuhan, pengedaran dadah, peras ugut, cetak rompak, dan sebagainya. Mereka juga terlibat dalam pemalsuan mata wang China.

3. COLOMBIAN DRUG CARTELS
Kartel Dadah Colombia telah dibentuk terutamanya untuk pengawalan dan penyeludupan dadah. Mereka juga terlibat dalam banyak kes penculikan dan keganasan


2. SICILIAN AND AMERICAN COSA NOSTRA
Sicilian AND American cosa Nostra adalah kumpulan yang agak baruWalaupun agak baru dan paling muda antara mafia-mafia, ia mempunyai keupayaan yang besar untuk merancang jenayah besar dan terlepas dari undang-undang. Terlibat dalam memberi cukai perlindungan, 
dadah dan senjata.


1. RUSSIAN MAFIA
Rusia Mafia berasal dari Kesatuan Soviet dan sekarang mempunyai pengaruh di seluruh dunia. Ia mempunyai antara 100,000 hingga 500,000 ahliTerlibat dalam jenayah terancang di Israel, Hungary, Sepanyol, Kanada, UK, AS, Rusia, dan sebagainya. Mereka juga telah berhijrah ke Israel, Amerika dan Jerman menggunakan identiti Yahudi dan JermanTidak bekerjasama dengan pihak berkuasa, jika ada ahli membocorkan maklumat apabila ditangkap, mereka akan dibunuh setelah dibebaskan. Terlibat dengan pengedaran dadah dan senjata api, pengeboman, penyeludupan, pornografi, penipuan internetvandalismekeganasan, perdagangan organ dan pembunuhan kontrak.









Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO